Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Tidak boleh tolak’ kemungkinan China guna TikTok pengaruhi pilihan raya: AS

Mar 13, 2024 | 04:01 PM



WASHINGTON: China mungkin menggunakan aplikasi media sosial TikTok untuk mempengaruhi pilihan raya Amerika Syarikat 2024, kata Pengarah Risikan Kebangsaan Amerika, Cik Avril Haines, semasa sidang jawatankuasa risikan Dewan Perwakilan.


Ditanya oleh seorang Wakil Demokrat, Encik Raja Krishnamoorthi, sama ada Parti Komunis China (CCP) akan menggunakan TikTok untuk mempengaruhi pilihan raya, Cik Haines berkata:

“Kami tidak boleh menolak bahawa CCP akan menggunakannya.”

Encik Krishnamoorthi juga merupakan anggota Demokrat paling kanan dalam jawatankuasa pilihan Dewan mengenai China.

Beliau dan pengerusi panel itu yang daripada Parti Republikan, Encik Mike Gallagher, minggu lalu memperkenalkan rang undang-undang yang akan memberi pemilik TikTok dari China, ByteDance, kira-kira enam bulan untuk menjual aplikasi video pendeknya, yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.

Dewan Perwakilan mengundi pada 13 Mac di bawah peraturan pantas yang memerlukan dua pertiga anggotanya mengundi meluluskan langkah itu.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata minggu lalu beliau akan menandatangani rang undang-undang tersebut, tetapi aplikasi itu amat popular dan usaha mendapatkan perundangan yang diluluskan oleh kededuanya, Dewan Perwakilan dan Senat, dalam tahun pilihan raya mungkin sukar.

Penilaian Ancaman Tahunan 2024 Komuniti Risikan Amerika, yang dikeluarkan pada 12 Mac, berkata akaun TikTok yang dikendalikan oleh cabang propaganda pemerintah China dilaporkan menyasarkan calon daripada kedua-dua parti politik semasa pilihan raya pertengahan penggal Amerika pada 2022.

Penggubal undang-undang telah lama menyuarakan kebimbangan bahawa pemerintah China boleh mengakses data pengguna atau mempengaruhi perkara yang dilihat pengguna pada aplikasi itu, termasuk menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan perpecahan politik Amerika.

TikTok, yang menekankan ia tidak dan tidak akan berkongsi data pengguna Amerika dengan pemerintah China, berpendapat rang undang-undang Dewan Perwakilan itu sebagai satu pengharaman.

Tidak jelas sama ada China akan meluluskan sebarang jualan atau TikTok boleh dijual dalam enam bulan.

Semasa bercakap di sidang itu, Pengarah Biro Siasatan Federal (FBI), Encik Christopher Wray, mengulangi penilaiannya bahawa TikTok menimbulkan ancaman keselamatan negara.

“Rakyat Amerika perlu bertanya pada diri mereka sama ada mereka mahu memberi pemerintah China keupayaan mengawal akses data mereka,” kata Encik Wray, sambil menambah bahawa ia akhirnya boleh “menjejas peranti mereka”. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >