Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tiga filem iktiraf bakat serba boleh Mat Sentol ditayang Arkib Filem Asia

Jun 01, 2022 | 11:07 PM



PENGIKTIRAFAN diberikan kepada seniman Mat Sentol atau nama sebenarnya, Abdul Rasip Yahya dalam siri tayangan filem 'Retrospective' kendalian Arkib Filem Asia (AFA).



Minggu ini adalah yang terakhir buat anda menyaksikan beberapa filem Mat Sentol yang disifatkan sebagai pelakon, pengarah, pelakar ilustrasi, pereka penerbitan, penulis skrip, penyanyi dan penulis lirik lagu serta artis kesan khas yang disegani dalam dunia perfileman Melayu.



Lebih 30 filem ceritera telah dihasilkannya dalam tempoh empat dekad.



Sebanyak 12 filem dengan sarikata termasuk tiga yang baru dibaik pulih oleh AFA disiarkan sejak bulan lalu.



Ia adalah sebahagian daripada Koleksi Klasik Filem Melayu Cathay-Keris yang dipelihara AFA sejak 2007.



Filem-filem yang akan disajikan di Teater Oldham, Bangunan Arkib Negara Singapura adalah Mat Karong Guni (3 Jun), Mat Magic (4 Jun) dan Dara-Kula (5 Jun).



Mat Karong Guni yang disiarkan mulai 8 malam mengisahkan tentang Mat yang selesa menjadi karung guni. Dia ditawarkan beg kertas yang disangka berisi kaca. Rupanya ia berisi permata bernilai jutaan dolar yang dia serahkan kepada temannya Hamid.



Mat tiba-tiba jadi tertekan apabila pemilik beg itu mencari harta karunnya dan cuba memburu orang yang menyimpan beg tersebut. Maka mulalah perjalanan Mat yang terpaksa menyamar untuk elakkan dirinya daripada dijejak si pemilik beg kertas itu.



Mat Magic yang disiarkan pada 8 malam, 4 Jun, menceritakan tentang Mat yang menetap di Pulau Hantu dan mempelajari ilmu silap mata amatur yang sentiasa silap digunakan dalam persembahannya.



Suatu hari, di lautan, dia bertemu dengan trup yang diketuai ahli silap mata Amerika, John Calvert, dan mengundang mereka membuat persembahan di majlis hari lahir Raja Pulau Hantu.



Filem ini satu-satunya judul dalam katalog filem Cathay-Keris yang diarah bersama Mat Sentol dan ahli silap mata serta pelakon John Calvert.



Ia petanda kerjasama kreatif awal antara Singapura dengan Hollywood. Ia merupakan filem terakhir dalam siri Mat terbitan Cathay-Keris.



Versi yang dipulihkan semula ini ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) pada 2021.



Dara-Kula yang disiarkan pada 5 petang (5 Jun) pula menceritakan tentang Samad dan isterinya yang hamil, Dara, yang bekerja keras untuk menyimpan wang bagi menyambut kelahiran anak sulung mereka.



Tanpa diketahui pasangan ini, teman mereka, Osman, menyukai Dara dalam diam, merompak rumah pasangan ini dan mencuri wang simpanan mereka. Osman menghabiskan wang itu dengan berjudi dan minum arak serta membiarkan isterinya yang hamil, Kula, seorang diri.



Tragedi melanda dua wanita ini apabila Osman cuba mengganggu Dara. Dengan gangguan kuasa ghaib, Samad payah mengetahui sebab mengapa isterinya berubah dan tidak menyedari akan niat dua wanita ini membalas dendam.



Dara-Kula merupakan percubaan Mat Sentol meneroka genre seram dan lari daripada kebiasaan menghasilkan filem komedi seperti Mat Bond dan Tiga Botak.



Filem ini adalah filem terakhir Mat Sentol bersama Cathay-Keris sebelum studio menghentikan operasi penerbitan filem pada 1972.



Tiket $10 boleh ditempah di laman https://www.asianfilmarchive.org/ bagi menyaksikan filem-filem ini. 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >