Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tiga kumpulan baru K-Pop tonjol identiti segar

Jun 03, 2023 | 05:31 AM



TAMPARAN muzik pop Korea atau K-Pop begitu dirasakan sejak sedekad yang lalu dengan lagu-lagu kumpulan BTS, Blackpink, Girls’ Generation, BIGBANG, Red Velvet dan Seventeen menjadi siulan anak muda termasuk di Nusantara.

Pada 2023, muncul di gelanggang seni K-Pop beberapa kumpulan baru yang menguasai pasaran dengan lagu rancak mereka dan gerak tari yang menjadi pujaan dan tiruan di aplikasi TikTok dan Instagram.

Siapakah antara kumpulan yang dimaksudkan ini?

Berita Harian menyorot kisah tiga kumpulan K-Pop era baru.


8TURN

Sebelum ini, kumpulan ini dikenali sebagai BOM (Boys of MNH) di bawah pengurusan MNH Entertainment.

Ia dianggotai Ji Myungho, Moon Jaeyun, Yang Minho, Cho Yoonsung, Jung Haemin, Cho Kyungmin, Lee Yungyu dan Lee Seungheon.

8TURN ditubuhkan pada 30 Januari 2023 dengan kemunculan album mini 8TURNRISE.


Lagu terkenal mereka termasuk Tic Tac, Wonder, Say My Name, Heartache dan We.


Ada kelainan dan identiti tersendiri bagi setiap anggota 8TURN. Jaeyun, 21 tahun, misalnya suka menggunakan stokin dengan cetakan lukisan piza. Myungho, 22 tahun, pula sering menampilkan aksi lasak di pentas kerana menceburi sukan pertahankan diri taekwando.

Minho, 21 tahun, pula diibaratkan seperti ‘emak-emak’ dalam kumpulan ini yang peka tentang ‘anak-anaknya’ dan memastikan mereka dijaga dengan baik apabila jatuh sakit.

Yoonsung, 20 tahun, kaki makan dan akan meronda serata kota untuk mencari kafe baru untuk dicuba hidangannya.

Haemin, 19 tahun, peminat setia Manchester United dan kerap kali kelihatan memakai kemeja-T bola termasuk ketika tidur.

Kyungmin, 19 tahun, pula adalah kaki lawak dalam kumpulan 8TURN, tetapi takut memakan makanan pedas yang boleh membuatkan mukanya merah padam.

BABYMONSTER

Kumpulan yang ditubuhkan di bawah YG Entertainment ini terdiri daripada Ruka, Pharita, Asa, Ahyeon, Haram, Rora dan Chiquita. Mereka mengeluarkan single bertajuk Dream pada 14 Mei 2023.


Menyusuli pelancaran kumpulan 2NE1 dan Blackpink, berita bahawa YG Entertainment akan melancarkan kumpulan ‘girl group’ selanjutnya mula kedengaran.

Ramai pemohon dari pelbagai negara tampil untuk program latihan yang disediakan. Ada yang sekecil 10 tahun sudah bersedia dilatih selama empat hingga lima tahun.

Dari ribuan yang menghadiri sesi uji bakat, hanya tujuh dipilih. Nama BabyMonster ditetapkan pada 2020. Perjalanan kumpulan ini ditentukan dalam sebuah program realiti Last Evaluation.


Pada akhirnya, tiga gadis Korea Selatan (Ahyeon, Haram, Rora), dua gadis Jepun (Ruka, Asa), dan dua gadis Thailand (Pharita, Chiquita) dipilih.

Saluran YouTube mereka melepasi sejuta pengikut selepas 52 hari dilancarkan.

LIMELIGHT

Kumpulan di bawah 143 Entertainment ini dianggotai MiU, Suhye dan Gaeun yang mengeluarkan album mini sebelum pelancaran kumpulan ini pada 29 September 2022.

Pada 17 Februari, mereka tampil dengan album EP, Love & Happiness.


MiU, 20 tahun, yang menyifatkan dirinya sebagai ‘hantu’ permainan video adalah individu yang bertanggungjawab memastikan unsur visual LimeLight dapat menarik perhatian ramai di pentas.

Suhye, 19 tahun, pula adalah anggota dengan suara paling merdu yang yakin bahawa kalau seseorang hanya berdiam diri, beliau tidak akan maju.

Gaeun, 18 tahun, yang pernah bercita-cita menjadi perenang profesional pula merupakan peragawati selain menganggotai LimeLight.

Dengan tenaga yang dipaparkan ketiga-tiga kumpulan ini, mereka dijangka menguasai planet K-Pop dalam masa tiga hingga lima tahun mendatang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >