Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tindakan Jawi tangkap 2 selebriti didakwa khalwat bukan gimik promosi drama

Mar 12, 2024 | 01:33 PM



Tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menahan dua selebriti yang didakwa berkhalwat bukan satu gimik untuk meraih publisiti.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata ia dibuat selepas pihak penguat kuasa agama menerima aduan daripada pihak ketiga.

Beliau berkata Jawi sama sekali tidak akan terbabit dalam sebarang usaha penguatkuasaan semata-mata untuk tujuan sedemikian, termasuk bagi melaris dan mempromosikan drama yang dilakonkan dua selebriti berkenaan, Aliff Aziz dan Ruhainies.

“Maksiat tetap maksiat, tak boleh dipromosikan. Tak timbul langsung pihak Jawi jadikan ini (tangkapan selebriti) itu sebagai gimik.

“Sebaliknya, Jawi laksanakan tindakan secara bebas dan adil. Khalwat adalah satu daripada kesalahan di bawah Kanun Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan,” katanya selepas merasmikan Bulan Wakaf Kebangsaaan 2024 – Wakaf Membangun Malaysia MADANI pada 11 Mac.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Datuk Selamat Paigo dan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Norliza Abdul Rahim.


Ketika berita mengenai penahanan Aliff dan Ruhainies berkhalwat di sebuah kondominium di ibu negara terus mendapat perhatian umum, warganet di media sosial pula mendakwa tindakan itu sebagai gimik selebriti berkenaan untuk mempromosikan drama lakonan mereka.

Ia susulan beberapa muat naik dibuat selebriti berkenaan di akaun media sosialnya, mengenai keberadaannya di lokasi penggambaran, selepas berita penahanannya mula dilaporkan media.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Na’im berkata beliau sendiri sudah menghubungi Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail, bagi mendapatkan sendiri penjelasan berhubung isu gimik itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >