Hampir lapan dalam 10 pengunjung Singapura (77 peratus) sanggup memilih destinasi yang kurang dikenali berbanding destinasi popular untuk percutian musim panas bagi menjimatkan kos dan elak daripada kesesakan pengunjung.
Demikian menurut tinjauan aplikasi pelancongan global Skyscanner melibatkan 2,000 responden pada April 2025.
Hampir sembilan daripada 10 pengunjung mahu memanfaatkan percutian musim panas sepenuhnya, sama ada berbelanja dengan bijak, fleksibel dengan tarikh penerbangan ataupun meneroka lebih banyak destinasi dalam satu percutian.
Percutian pada musim panas terus kukuh, dengan 93 peratus pengunjung Singapura merancang untuk melakukan yang sama atau lebih banyak perjalanan tahun ini (2025), namun 59 peratus belum membuat tempahan.
Menurut laman web Skyscanner, sebab utama ialah belum pasti dengan destinasi yang ingin dituju, dengan 43 peratus daripada mereka cuba mendapatkan lebih banyak inspirasi sebelum membuat perancangan.
Bagi membantu pengunjung merancang percutian dengan lebih bijak, Skyscanner melancarkan Laporan Musim Panas Lebih Bijak, yang padat dengan panduan praktikal, termasuk minggu paling murah untuk dapatkan penerbangan, destinasi alternatif untuk dipertimbangkan dan senarai yang disesuaikan mengikut cita rasa berbeza.
Menurut carian Skyscanner, 10 destinasi paling popular bagi musim panas 2025 mengikut urutan ialah Bali (Indonesia), London (Britain), Perth (Australia), Pulau Pinang (Malaysia), Osaka (Jepun), Milan (Italy), Koh Samui (Thailand), Sapporo (Jepun), Kota Kinabalu (Malaysia) dan Langkawi (Malaysia).
Aplikasi tersebut turut mendedahkan 10 destinasi alternatif paling murah bagi musim panas akan datang, dengan harga penerbangan pergi balik secara purata dari 30 Jun hingga 31 Ogos.
1. Labuan Bajo, Indonesia – $149
2. Iloilo, Filipina – $195
3. Hat Yai, Thailand – $278
4. Chongqing, China – $333
5. Almaty, Kazakhstan – $729
6. Melbourne, Australia – $765
7. Sapporo, Jepun – $796
8. Vienna, Austria – $921
9. Christchurch, New Zealand – $1,010
10. Vancouver, Canada – $1,495
Sementara itu, keluarga yang ingin memanfaatkan musim cuti sekolah dengan sepenuhnya boleh merujuk kepada senarai destinasi termurah bagi penerbangan ulang alik untuk Jun dan September seperti berikut.
Bagi Jun:
1. Langkawi, Malaysia – $183
2. Pulau Pinang, Malaysia – $183
3. Haikou, China – $257
4. Iloilo, Filipina – $290
5. Hat Yai, Thailand – $295
6. Labuan Bajo, Indonesia – $299
7. Siam Reap, Kemboja – $313
8. Shenzhen, China – $323
9. Hong Kong – $349
10. Hangzhou, China – $357
Bagi September:
1. Kuching, Malaysia – $195
2. Labuan Bajo, Indonesia – $213
3. Guiyang, China – $249
4. Harbin, China – $276
5. Colombo, Sri Lanka – $318
6. Perth, Australia – $461
7. Chongqing, China – $510
8. Chengdu, China – $579
9. Jeju, Korea Selatan – $635
10. Zurich, Switzerland – $876
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg