Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tinjauan sorot perasaan pelajar terhadap universiti

Jan 23, 2024 | 05:30 AM



Sehingga 39 peratus pelajar di Singapura rasa tidak puas hati atau neutral tentang pilihan universiti mereka, menurut satu laporan oleh Ernst and Young (EY).

Lebih 3,000 pelajar prasiswazah dan possiswazah merentasi 11 negara – Australia, Canada, India, Ireland, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, Singapura, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Britain dan Amerika Syarikat – terlibat dalam laporan itu.

Rasa tidak puas hati mereka berpunca terutama daripada kegagalan universiti memenuhi jangkaan pelajar berhubung peningkatan prospek kerjaya atau menyediakan mereka secukupnya untuk dapat kerja.

Apakah yang pelajar harapkan daripada pengalaman pembelajaran mereka?

  • Penyampaian pengajaran berkualiti tinggi termasuk penggunaan teknologi digital;
  • Prospek kerjaya yang lebih baik dan penyediaan tempat kerja; dan
  • Mendapat sokongan yang lebih baik dalam mencapai matlamat pembelajaran.

Pelajar juga memberi penilaian kepuasan yang rendah kepada “kualiti pembelajaran dalam talian” – meletakkannya di bawah daripada semua aspek kehidupan universiti yang ditinjau, menurut EY.

Ini kerana ia kurang penglibatan, kerjasama atau peluang untuk menyemak pemahaman semasa pengalaman pembelajaran digital mereka.

Ia mencerminkan hakikat bahawa banyak universiti hanya merakam kuliah, menyiarkan nota dan senarai bacaan dalam talian, tambahnya.

Lantas, pelajar berharap dapat meraih kualiti pembelajaran digital yang lebih berkesan sekiranya terdapat dana untuk sekolah melabur berkaitan teknologi.

Jika ada dana pelaburan berkaitan teknologi, 45 peratus pelajar mahu universiti mereka fokuskan pelaburan berkaitan teknologi pada latihan guru supaya dapat menyampaikan pembelajaran digital dengan lebih berkesan, manakala 41 peratus lebih suka memperuntukkan sumber untuk menambah baik bahan pembelajaran digital.

EY berkata: “Universiti mesti lebih memahami apa yang diharapkan pelajar daripada pendidikan tinggi (HE) dan menawarkan program yang secara langsung menyokong matlamat kerjaya mereka.”

Sekitar 48 peratus pelajar menyatakan bahawa sebab utama dalam memilih program adalah untuk menjadikan diri layak bagi kerjaya yang dipilih atau meningkatkan prospek kerjaya mereka manakala 21 peratus pelajar tahun akhir mengatakan pengalaman universiti mereka tidak memenuhi jangkaan mengenai persediaan kerja.

Sekitar 74 peratus pelajar, terutama dalam kalangan pelajar peringkat pertengahan dan tahun akhir, berasa sangat penting bagi mereka menerima sokongan dalam mencapai matlamat pembelajaran mereka.

Dua pertiga daripada pelajar menyatakan tentang keutamaan untuk mengakses acara sosial dan rangkaian di kampus, menekankan kepentingannya dalam memupuk kesejahteraan, semangat kekitaan dan pembangunan kemahiran sosial mereka.

Ini amat penting dalam mengurangkan perasaan terasing di tengah-tengah kelaziman pembelajaran dalam talian yang semakin meningkat, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >