Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tok Ram: Ronnie tersingkir, banyak silap dalam lagu pertama

Feb 4, 2025 | 6:32 PM
Datuk Ramli MS menjelaskan bahawa mereka yang biasa dan mahir mendengar muzik akan mudah mengesan nada sumbang walaupun si penyanyi mungkin rasa sudah cukup bagus.
Datuk Ramli MS menjelaskan bahawa mereka yang biasa dan mahir mendengar muzik akan mudah mengesan nada sumbang walaupun si penyanyi mungkin rasa sudah cukup bagus. - Foto ASTRO

Apakah kekurangan peserta Gegar Vaganza 11 (GV11) , Ronnie Hussein atau nama sebenarnya, Shahron Hussein, sehingga tersingkir daripada pertandingan tersebut yang berlangsung di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 2 Februari lalu?

Menurut Ketua Juri, Datuk Ramli MS, atau mesra dengan panggilan Tok Ram, tidak banyak beza jika dilihat persembahan Ronnie, 43 tahun, yang mendapat tempat ketujuh dengan markah 59.7 peratus, berbanding peserta di tempat keenam, Zehra Zambri, 37 tahun, dengan markah 64.5 peratus.

Yang membezakan mereka hanyalah banyak kesilapan yang Ronnie buat, khususnya dalam bab intonasi yang kedengaran sumbang pada lagu REM, Impian Cinta.

“Kededua lagu pertama dan perlahan yang Ronnie dan Zehra nyanyikan memang sama tidak hebat.

“Nyanyian mereka kurang tetapi Ronnie bikin banyak silap. Kelebihan pada Zehra, dia kurang bikin silap.

“Lagu kedua yang lebih rancak pula... mereka berdua memang bagus.

“Ronnie hilang markah kerana banyak nada mendatar dan sumbang. Ini tak perlu terjadi pada peserta. Kalau ada cikgu vokal, tanyalah bagaimana nak elak nyanyi sumbang?

“Anda perlu kuasai teknik nyanyian yang baik. Orang kalau dah biasa dengar muzik macam kami, kami senang kesan nada sumbang. Penyanyi mungkin ingat nyanyian mereka dah betul tetapi tidak,” jelas Ramli.

Beliau turut menambah lagu yang didendangkan peserta kegemaran ramai, Liza Aziz, 61 tahun, iaitu Malaysia Baru, bukan lagu pertandingan dan tidak seharusnya dipilih bintang bersuara lemak merdu itu.

“Saya tahu dia nak beri sanjungan buat penyanyi asal, Aziz Jaafar, bapanya sendiri. Tapi sejujurnya ini bukan lagu pertandingan... bolehlah nak nyanyi di majlis makan malam atau acara gah lain tetapi bukan di pentas GV,” jelas Ramli.

Dalam peringkat separuh akhir, Liza yang turut mendendangkan lagu Judika, Bukan Dia Tapi Aku, mendapat tempat kedua dengan markah 73.9 peratus.

Beliau tewas di tangan Dadali Dyrga, 43 tahun, yang mendapat markah 74.1 peratus, setelah membawakan lagu Datuk Dr M. Nasir, Suatu Masa dan Apokalips.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg