Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Transformers: Rise of the Beasts’ tidak mengecewakan kecuali wirawati celaru

Jun 06, 2023 | 02:37 PM



TRANSFORMERS: Rise of the Beasts yang dinanti-nantikan tidak begitu mengecewakan.


Ia berjaya mencipta keseimbangan sempurna antara aksi yang menakjubkan dengan emosi dalam pengembaraan era 1990-an ini dengan pahlawan Autobots dan Maximals yang difilemkan di Peru dan Brooklyn.

Filem baru yang kembali pada era 1994 memperkenalkan watak baru daripada Transformers seperti Maximals dan Mirage, yang merupakan pahlawan Autobot yang dilakonkan oleh Pete Davidson.

Dalam francais itu, Mirage terperangkap di tempat letak kereta bawah tanah sebagai 964 Porsche 911 bagi tempoh terlalu lama dan bertemu dengan Autobot pertama Noah Diaz yang dimainkan oleh Anthony Ramos. Kedua-duanya menjalin ikatan akrab.

Noah merupakan bekas pakar tentera yang tinggal di Brooklyn, New York dan terjerat dalam perang tiga pihak antara Autobots, Maximal dengan Terrorcons, di mana dia mengambil bahagian dalam rompakan kereta Porsche.

Sebaliknya Mirage yang merupakan watak baik hati mencetus deraian ketawa penonton dengan perwatakannya yang tenang dan ‘cool’.

Filem aksi yang banyak menggunakan imej janaan komputer (CGI) berjaya mempamerkan visi yang mereka miliki untuk detik-detik menyentuh jiwa seperti ‘fist bump’ (sentuhan genggaman tangan pertama), hubungan antara watak yang boleh dikaitkan dengan diri kita sendiri dan menyentuh hati.

Namun di sebalik watak Mirage dan Autobot Noah yang dilakonkan dengan baik, Dominique Fishback yang memegang watak Elena Wallace tidak begitu berjaya membawa peranannya.

Elena menghidupkan watak selaku penyelidik muda di muzium sejarah di mana majikannya mendapat nama atas kerja kerasnya. Perwatakannya boleh dilihat sebagai tiada arah tuju sehingga saat-saat di mana dia diperlukan.

Secara peribadi, pelajar teater dan pelakon berbakat itu tidak dimanfaatkan sebaiknya dalam filem ini. Penulis tidak pasti bagaimana untuk melibatkan watak wanita ini dalam perjuangan untuk bumi. Dia tidak melakukan banyak babak aksi.

Usaha memberi tumpuan terutamanya kepada Maximals juga tidak banyak dipaparkan kerana ia akhirnya lebih banyak mengenai Noah dan Mirage yang dipaparkan dalam babak-babak terbaik dalam filem itu.

Walaupun begitu, reka bentuk bunyi yang luar biasa dan visual watak yang menakjubkan tidak boleh dilepaskan menonton.

Siri filem aksi langsung ini menekankan pelajaran penting agar kita bekerjasama dan mengemukakan sesuatu yang boleh dicapai dalam lingkungan jangkaan kita.

Nota: Transformers: Rise Of The Beasts akan ditayangkan di seluruh dunia pada Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >