Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tudung SG58 dan telekung popular di Arab Street

Aug 09, 2023 | 05:30 AM



Tudung edisi Hari Kebangsaan ke-58







Walaupun telah lama bermastautin di Kuala Lumpur, Datin Diyana Halik, yang juga usahawan fesyen Muslimah tetap berbunga hatinya setiap kali menjelang Hari Kebangsaan Singapura. Beliau yang sejak lima tahun lalu mengeluarkan tudung edisi khas Hari Kebangsaan, pada tahun ini turut menghasilkan edisi istimewa yang diberi nama SG58.

Antara yang menarik ialah lukisan rumah pra-perang ala Peranakan dua tingkat yang popular di Joo Chiat Road dan bunga-bunga yang diinspirasikan dari Taman Orkid Singapura.

“Menghasilkan desain baru setiap tahun sentiasa menjadi kegembiraan dan cabaran yang besar tetapi memandangkan saya dibesarkan di Singapura, ia memudahkan segalanya dan kadangkala membuatkan saya menitiskan air mata.

Koleksi Hari Kebangsaan memang dekat di hati kerana sudah 16 tahun menetap di luar negara. Adalah penting bagi saya untuk berpegang pada akar saya dan kembali ke tempat saya berada jika tidak kerap sekurang-kurangnya setiap tahun. Singapura akan sentiasa di hati saya,” kata isteri pelakon Datuk Aaron Aziz itu.

Koleksi tudung-tudung Diyana Halik kini boleh didapati di Fab Market di 59 Arab Street.

Siti Khadijah di Arab Street







Butik telekung Malaysia berjenama Siti Khadijah yang turut popular di kalangan orang Singapura telah membuka cawangan pertama di Singapura, di 63 Arab Street.

Diasaskan pada tahun 2019 oleh Padzilah Enda Sulaiman, Siti Khadijah (dinamakan sempena nama isteri Nabi Muhammad saw) menumpukan pada penghasilan pakaian solat yang inovatif, selain produk gaya hidup seharian seperti pakaian lelaki dan wanita, hijab, sejadah, bag dan lain-lain.


Menurut satu kenyataan syarikat itu, dalam tempoh pelancaran pelanggan Siti Khadijah di Singapura boleh menikmati baucar bernilai $20 dengan perbelanjaan minimum $100 dalam satu resit.

“Pasaran yang semakin berkembang dan kesesuaian jenama yang kukuh menyediakan asas yang baik untuk Siti Khadijah untuk mempertingkatkan pertumbuhan ‘omnichannel’ di seluruh dunia,” kata kenyataan syarikat itu. Sejauh ini butik itu mempunyai 49 butik di Malaysia, tiga di Indonesia dan satu di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >