Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ungu janji konsert luar biasa... dendang 27 lagu!

band Nusantara bakal gegar Kota Singa
Sep 17, 2023 | 05:31 AM



Sebagai insan biasa dengan perbezaan pendapat, pastinya ada tempoh di mana anggota kumpulan muzik Indonesia, Ungu, mempunyai perselisihan faham dan percanggahan pandangan. Bagaimanapun, ini dianggap lumrah apabila bergerak sebagai sebuah band yang ingin memajukan muzik Indonesia ke skala lebih tinggi.

Sungguhpun begitu, menyedari bahawa lagu-lagu yang dihasilkan sepanjang lebih dua dekad berupaya menjadi penawar yang membuatkan pendengar bangkit bersemangat untuk ke pejabat atau menemukan jalan keluar pada hubungan cinta yang berhalangan, ia cukup untuk membuatkan Ungu terus berdiri teguh dalam industri muzik Nusantara.

Inilah antara intipati perbualan Berita Minggu (BM) bersama penyanyi utama Ungu, Pasha, atau nama sebenarnya, Sigit Purnomo Said, 43 tahun, dalam satu wawancara Zoom, baru-baru ini.


Pasha berkongsi perjalanan seni band ini yang sudah berdiri selama 27 tahun tetapi baru 20 tahun menghasilkan album secara profesional, di ambang konsert mereka di Singapura pada 28 September ini di Teater The Star, mulai 8 malam.

Konsert Rhythms of Passion: Ungu Live In Concert ini dipersembahkan Daily Entertainment Asia.

Kata Pasha:

“Muzik tak mengenal tempat atau usia. Di mana-mana sahaja kita boleh berkarya dan kekal relevan. Segala susah senang kami dalam dunia seni menjadikan kami utuh berdiri hari ini. Memang tidak dapat dinafikan, tentunya ada ribut dan perselisihan faham sepanjang kami bersama. Kami juga berdebat tetapi kami harus fikirkan bahawa kami sudah sampai ke satu peringkat di mana pencinta Ungu itu memerlukan inspirasi dan motivasi daripada lagu-lagu kami.

“Ada yang mungkin lebih bersemangat bekerja apabila mendengar lagu kami atau menemukan jalan keluar pada hubungan cinta bermasalah. Mungkin juga yang tadi sakit sembuh apabila dengar lagu Ungu. Yang lemah jadi kuat. Kami harus sedari kami bukan sahaja berkarya tetapi dapat memberi sokongan emosi dan motivasi hidup sebagai inspirasi buat orang ramai dalam apa jua yang diceburi.

“Lagu Ungu ini seperti membawa magis kepada kehidupan pendengar. Itulah yang memberikan kami semangat untuk terus bermuzik untuk semua termasuk yang di Singapura.”

Pasha menjanjikan konsert akan datang ini jauh beza daripada yang pernah disajikan pada tahun-tahun sudah, baik dari segi pemilihan lagu, pencahayaan lampu dan juga kandungan konsert.

“Kami sudah siapkan 27 lagu sejajar dengan usia band kami berdiri mulai 1996. Kami semua ibarat pengarah pentas kerana mewujudkan sesuatu yang tidak membosankan dan penuh emosi agar dalam tempoh dua jam itu, penonton akan dibawa dalam satu perjalanan seni yang penuh inspirasi.

“Penonton di Singapura selalunya memberi respon yang baik. Kami enggan mengecewakan mereka,” jelasnya.

Dua lagu baru Ungu yang akan disampaikan adalah ‘Bisa Gila’ dan ‘Dasar Hati’ bagi memenuhi citarasa mereka yang mengidamkan lagu baru.

“Dalam masa sekarang, ramai yang tidak tahu ada cara promosi berbeza lagu kami. Tidak banyak maklumat yang mereka perolehi sehingga tidak tahu Ungu ada lagu baru,” ujar Pasha lagi yang bersemangat berkongsi bahawa Ungu sudah pun merancang menjelajah dunia Barat seperti Amsterdam, Los Angeles, London dan Australia demi menghiburkan rakyat Indonesia yang sudah bermastautin di rantauan.

Mengenai apa yang ditawarkan Ungu dalam karya baru mereka, pemain bes Ungu, Makki Parikesit, 51 tahun, menambah:

“Lagu baru kami adalah terjemahan keadaan dan kondisi kita pada hari ini. Tanpa meninggalkan ‘trademark’ dan identiti kami, kami terus mencipta lagu yang meneroka sesuatu yang baru tanpa menghilangkan ciri-ciri yang orang akan ingat tentang Ungu.” - HARYANI ISMAIL


Tiket konsert berharga antara $78 hingga $258 (VVIP bersama sesi ramah tamah dengan Ungu) boleh ditempah di laman SG.BOOKMYSHOW.COM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >