Pengguna Berdaftar
Sejarah fenomena New Boyz ‘Kembali Berulang’
Persembahan band M’sia sempena sambutan Jubli Perak mempesona dan penuh emosi
Sep 12, 2023 | 5:30 AM
SEBAK KENANG KISAH LAMA: Tomok menangis kerana terharu dengan sambutan ramai dan mengenangkan sejarah yang tercipta dengan bekas anggota New Boyz, Along. - Foto BH oleh KHALID BABA
Sebut nama New Boyz, mereka yang dewasa meniti usia remaja pada 1990-an pastinya ingat tentang lima remaja, Shah Indrawan Ismail (Tomok), Shahrizan Mat Salleh (Jay), Zarimi Zahari (Zimi), Mohd Syukri Shanusi (Syuk) dan Mat Shah Mat Salleh (Along).
Mereka menjadi nama besar dengan single rok balada ‘tangkap leleh’ berjudul Sejarah Mungkin Berulang pada 1999, New Boyz mencetus fenomena luar biasa sehinggakan jualan album pertama mereka melebihi 100,000 unit.
Laporan berkaitan
Slam beri jiwa raga walau Zamani kurang sihatJun 13, 2023 | 4:28 PM
Raisa ajak penonton ‘terbang’ ke zon cintaAug 21, 2023 | 2:22 PM


