Usaha 8 tahun pempengaruh TikTok Khairul Aming diiktiraf
Pengguna Berdaftar
Usaha 8 tahun pempengaruh TikTok Khairul Aming diiktiraf
Usahawan ‘Penjana Kandungan Tahunan Terbaik’ tekankan pemikiran kritikal, huraian masalah dan adab dalam hasilkan video tular
Aug 29, 2023 | 5:30 AM
JAGA ADAB DAN ETIKA: Khairul Aming yang menerima Anugerah Penjana Kandungan Tahunan Terbaik bagi Anugerah TikTok di Malaysia menitikberatkan usaha gigih, ilmu, adab, etika, pemikiran kritikal dan penghuraian masalah dalam tugas sebagai penjana kandungan. - Foto INSTAGRAM KHAIRUL AMING
Kerja keras usahawan, penjana kandungan digital dan pempengaruh makanan di media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming, selama lapan tahun, menampakkan hasil apabila ramai terpaut pada setiap video yang disajikan di TikTok.
Kebiasaannya, Khairul, 30 tahun, akan menyiapkan hidangan lazat selangkah demi selangkah dengan menggunakan produk Sambal Nyet yang dipasarkannya.
Laporan berkaitan
Sheila Majid pentingkan sikap, bukan sensasiAug 24, 2023 | 1:06 PM
Kalau terlebih sensasi, hanya tambah ‘toksin’ dunia hiburanAug 18, 2023 | 4:57 PM

