Pengguna Berdaftar
Usaha gabung syarikat Internet tangani ulasan palsu
Syarikat Amazon, Glassdoor, Trustpilot, Expedia Group, Booking.com dan Tripadvisor akan cari amalan terbaik papar ulasan tulen serta kongsi cara kesan ulasan palsu
Oct 19, 2023 | 5:30 AM
BERI MAKLUM BALAS: Pengguna memberi ulasan tentang sebuah produk di ruang siber. Ulasan dalam talian merupakan wadah utama bagi pengguna untuk menilai sesebuah produk atau khidmat. Ia juga boleh merancakkan penjualan produk atau mencemar reputasi syarikat. - Foto PIXABAY
NEW YORK: Beberapa wadah yang paling banyak digunakan untuk perjalanan dan membeli-belah dalam talian berkata pada Selasa bahawa mereka akan bekerjasama untuk memerangi ulasan palsu.
Ulasan dalam talian merupakan wadah utama bagi pengguna untuk menilai sesebuah produk atau khidmat. Ia juga boleh merancakkan penjualan produk atau mencemar reputasi syarikat.
Laporan berkaitan
Imaginasi jadi realiti: Manfaat kuasa AI GeneratifSep 5, 2023 | 12:53 PM
Alat keselamatan permainan Xbox tangani bahaya dalam talianOct 11, 2023 | 5:47 PM
Perang Israel-Hamas masuk ruang siberOct 11, 2023 | 6:07 PM

