Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Versi baru 'Seindah Ramadhan' lebih syahdu

Artis setempat Reyza Hamizan susun semula lagu yang dicipta untuk hargai nikmat bulan mulia
Apr 04, 2023 | 05:30 AM



LAPAN tahun lalu, penyanyi dan penggubah lagu Reyza Hamizan menghasilkan lagu Seindah Ramadhan dengan iringan gesekan biola deejay Azura Goh atas usulan seorang pendidik agama yang merasakan tidak banyak lagu tentang bulan suci Ramadan dihasilkan di Singapura berbanding lagu Hari Raya.



Setelah mengharungi jerih payah pandemik Covid-19 sebagai anak seni yang terpaksa menjual studio muziknya di Malaysia, Reyza, 32 tahun, tampil dengan versi 2023 lagu tersebut yang diberi judul Seindah Ramadhan 2023 baru-baru ini sebagai memperingati nikmat bulan mulia ini.



Versi kali ini menambah petikan gitar dan tiupan seruling oleh pemuzik setempat Rudy Jamil bagi menambah 'jiwa' pada lagu ini.



"Secara umum, lagu ini berlegar di sekitar umat Islam yang menetap di Singapura, di mana kerja seharian diteruskan seperti biasa meskipun dalam keadaan berpuasa.



"Rutin bulan puasa adalah berkunjung ke masjid atau berada di rumah untuk mengerjakan tarawih bersama keluarga dan sahabat-handai.



"Seindah Ramadhan ini juga menyentuh tentang mengatasi hambatan seharian dengan penuh kesabaran dan keyakinan pada Yang Maha Esa demi meraih ganjaran Ramadan yang tinggi nilainya."



Ramadan buat Reyza, seorang pendidik penerbitan muzik di sekolah menengah, amat bermakna apabila beliau menyifatkannya sebagai tempoh berehat daripada kesibukan harian untuk meluangkan masa berbuka puasa dengan keluarga dan mendirikan solat tarawih di masjid.



"Seberapa boleh, saya takkan sibukkan diri dengan bermacam projek seni sebab Ramadan ini istimewa dan hanya datang sekali dalam setahun.



"Penting untuk saya luangkan masa dengan keluarga dan menambah amal ibadah pada bulan mulia ini," ujarnya.



Reyza bermula dalam persada muzik Singapura setelah memenangi peraduan mencipta lagu kerohanian sempena Maulidur Rasul anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Alunan Kasih 2008.



Justeru, projek Seindah Ramadhan 2023 adalah ruang buatnya kembali kepada ciptaan lagu bertemakan kerohanian setelah banyak menghasilkan lagu pop dan balada.



Sungguhpun begitu, dalam masa beberapa bulan lagi, Reyza teruja menghasilkan album EP dalam bahasa Inggeris yang diusahakan dengan sokongan Majlis Seni Kebangsaan (NAC).



"Selepas dah agak lama dalam industri lagu Melayu, saya ingin cuba pula menghasilkan lagu Inggeris bagi mencuba pasaran lagu Inggeris. Ia satu usaha memberi kesegaran pada kerjaya seni saya. Saya perlu usahakan kelainan.



"Antara kandungan lagu Inggeris ini adalah mengenai kebangkitan semula seorang individu selepas Covid-19 serta kisah putus cinta yang boleh dikaitkan dengan sesiapa sahaja...biasalah kehidupan anak muda," kata Reyza lagi.



Menyingkap kesukaran yang dihadapi sewaktu pandemik, beliau menganggapnya sebagai sesuatu yang pahit untuk ditelan tetapi perlu dilepaskan juga.



Studio muzik serta 'jamming' 6 Strings Studio milik Reyza di Taman Connaught sekitar Cheras di Kuala Lumpur terpaksa dijual sewaktu pandemik di kala perniagaan tidak dapat diteruskan.



"Sebenarnya, berat hati saya nak menjual studio itu tetapi apakan daya pada waktu itu, situasinya sulit setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Pada masa itu, saya tidak tahu berapa lama tempoh pandemik.



"Saya terpaksa juga memberitahu pekerja saya tentang hal ini. Buat masa ini, kerja bikin muzik kembali di bilik saya menerusi studio di rumah," katanya lagi.




"Secara umum, lagu ini berlegar di sekitar umat Islam yang menetap di Singapura, di mana kerja seharian diteruskan seperti biasa meskipun dalam keadaan berpuasa.
Rutin bulan puasa adalah berkunjung ke masjid atau berada di rumah untuk mengerjakan tarawih bersama keluarga dan sahabat-handai."
- Reyza Hamizan, penyanyi dan penggubah lagu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >