Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wali Band rai ulang tahun ke-25 di S’pura pada 14 Sep

Jun 3, 2024 | 8:14 PM
Wali Band akan menyambut ulang tahun ke-25 dengan satu konsert di The Star Theatre pada 14 September.
Wali Band akan menyambut ulang tahun ke-25 dengan satu konsert di The Star Theatre pada 14 September. - Foto fail

Ulang tahun ke-25 band dari Ciputat, Tangerang Selatan di Indonesia, akan diraikan bersama peminat di Singapura pada 14 September.

Jika pada 2023, mereka membawa konsert yang payah dilupakan, penganjur konsert, Sah Entertainment, yang diselaraskan penyanyi Sufi Rashid, ingin mengembalikan pelantun lagu, Cari Jodoh, itu lagi.

Band yang ditubuhkan pada 1999 perlahan-lahan menempatkan diri mereka sebagai band mapan yang kekal merendah hati.

Justeru, jika anda ingin mendengar lagu seperti, Yank, Ya Allah dan Baik-Baik Sayang, apa kata datang beramai-ramai dengan keluarga dan sahabat handai untuk menyaksikan konsert mulai 8 malam itu.

Tiket konsert mula dijual di laman Sistic pada 8 Jun (10 pagi hingga 2 petang) untuk anggota kelab peminat yang diusahakan Sah, manakala jualan umum pula dimulakan pada 10 Jun (mulai 2 petang).

Di samping itu, mereka yang mendapatkan tiket bagi konsert ulang tahun ke-25 Wali Band berpeluang memperolehi akses menempah tiket awal bagi konsert jelajah Ne-Yo Champagne & Roses tidak lama lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg