Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aliff Aziz enggan ceraikan Bella, mohon masa fikir, perbaiki keadaan demi anak

Bella terkejut, pasangan kini perlu hadiri proses Jawatankuasa Pendamai pada 4 Jun
Apr 04, 2024 | 03:48 PM



Pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, tidak bersetuju dengan permohonan cerai isterinya, pelakon dan penyanyi kelahiran Sabah, Bella Astillah, dan memohon masa untuk berfikir dan memperbetulkan keadaan demi masa depan dua anaknya.

Dengan keputusan yang dibuat Aliff, 33 tahun, dalam prosiding sebutan kedua kes permohonan cerai pada 4 April itu, pasangan selebriti tersebut kini diminta hadir bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 Jun.

Aliff ditemani ibu bapanya yang datang dari Singapura, Encik Aziz Sapdan dan Cik Siti Hafizah Basharahil. Beliau kelihatan memimpin tangan ibunya dan dikawal ketat pengawal keselamatan sewaktu media seberang ingin mendapatkan ulasannya.

Kata Aliff di sesi sebutan kedua permohonan cerai itu:

“Benar Yang Arif, saya tidak bersetuju (atas permohonan cerai). Ini bukan suatu keputusan yang boleh difikirkan dalam sehari. Saya perlukan masa untuk berfikir bagi membuat keputusan yang besar ini.”

Dalam rakaman video TikTok beberapa media seberang, Aliff meminta semua pihak memberinya ruang dan peluang bagi menyelamatkan rumah tangganya yang dibina sejak 2016.

Pasangan itu pernah bercerai dan merujuk semula pada 2019.

“Beberapa minggu ini, semuanya bercampur baur bagi saya. Semua yang terbabit pasti merasakan yang sama. Jadi, buat diri ini, saya akan guna semua peluang yang ada untuk selamatkan rumah tangga saya demi anak-anak.

“Saya rindukan anak-anak. Saya buat kesilapan. Saya buat banyak kesilapan, tetapi pada penghujungnya, ini bukan keputusan yang kita boleh buat secara terburu-buru dan tanpa memikirkan segala hal.

“Saya harapkan sangat sokongan daripada semua orang. Dalam soal rumah tangga, tidak sepatutnya ada pengaruh dari luar,” jelas pelantun lagu Sayang Sayang itu.


Beliau meminta ruang supaya prosedur (perintah ikuti proses JKP) dapat berjalan seperti dirancangkan dan berterima kasih kepada pihak mahkamah kerana memberi ruang bagi prosedur langkah demi langkah dibuat.

“Kami akan merentas halangan untuk sampai ke arah itu. Jadi, buat masa ini, saya berharap agar semuanya baik-baik untuk kami,” kata Aliff lagi.

Sebelum ini, Bella, 30 tahun, telah memfailkan perceraian daripada Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Ini menyusuli kes khalwat membabitkan Aliff dan pelakon gandingannya dalam drama, Terjerat, Ruhainies, 32 tahun, di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac.


Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, yang mengharapkan krisis rumah tangganya bersama Aliff dapat dihuraikan dengan lafaz cerai juga agak terkejut dengan kenyataan Aliff bahawa beliau masih menyayangi dirinya.

“Saya sudah penat dan memang tidak sangka dengan keputusan dibuat. Saya sangka hari ini akan selesai semuanya.

“Siapa yang tidak sayangkan rumah tangga? Saya percaya tiada siapa yang berkahwin mahukan perceraian.

“Fikir saya suka turun naik mahkamah? Sebab itulah, selama ini, saya cuba pertahankan rumah tangga ini selama bertahun-tahun lamanya,” kongsinya yang ditemani ibunya, Zarina Astillah, dan adiknya, pelakon dan penyanyi, Didie Astillah.

Mengulas sebab mengapa beliau masih mempertahankan rumah tangga biarpun mendakwa dicurangi Aliff sebanyak 11 kali, Bella percaya setiap individu memiliki had dalam hidup.

“Setiap individu ada had masing-masing. Selagi mana saya fikir mampu pertahankan, saya pertahankan walaupun ada yang cakap saya bodoh.

“Kalau betul dia masih sayangkan rumah tangga dan anak-anak, kenapa buka aib saya?” katanya.

Pada 3 April, Bella yang ditemui media seberang pada majlis iftar anjuran Ravaka di K-Town Radia Gallery, telah mendedahkan banyak penemuannya berkenaan suaminya dan hubungan beliau dengan pelakon Ruhainies dan adik Bella sendiri, Eriqa Astillah.

Beliau juga mengulas tentang ‘aib’ yang tiba-tiba disebarkan pada 3 April di TikTok mengenai hubungannya dengan pelakon baru, Muaz Zabir, seakan dirancang untuk ditularkan sehari sebelum kes dikemukakan di Mahkamah Syariah.

Menurutnya, hubungan dengan Muaz pada awalnya hanya untuk membuat Aliff, yang ketika itu dikatakan curang dengan dua wanita, cemburu.

Kata Bella lagi, hubungan tersebut berlaku pada Oktober 2023 dan sudah pun berakhir.

Menurutnya lagi, beliau sudah meminta maaf dengan Aliff dan keluarga Aliff bahkan bercuti di Pulau Pinang dengan penuh kegembiraan.

Beliau mendakwa hanya mengesan Aliff bertindak berbeza daripada kebiasaannya setelah berlakon dengan Ruhainies sekitar Februari.

Dirinya pula terasa diabaikan dengan Aliff turut menyebut tentang keinginan untuk bercerai kerana sudah tiada rasa cinta lagi pada Bella.

“Apabila mula penggambaran dengan Ruhainies, Aliff tukar ‘password’ (kata laluan) telefon bimbit.


“Jadi, mungkin mereka nak tutup kes khalwat dan tiada senjata, mereka gunakan kes saya.

“Aliff tidak sedar ke Ruhainies menggunakan dia? Hanya Aliff yang ada gambar saya dan Muaz,” tambah Bella.

Dalam wawancara yang tular di TikTok dan Instagram, Cik Siti Hafizah pula berkata beliau hanya mengharapkan yang terbaik buat Aliff dan Bella.

“Doakan yang baik-baik. Sekarang kita berada dalam 10 malam terakhir Ramadan. Kita semua patut buat perkara positif,” katanya.

Menjawab pertanyaan media mengapa beliau tidak lagi mengikuti Bella di Instagram, Cik Siti Hafizah berkata ia adalah pilihan peribadi.

“Itu adalah pilihan saya. Tiada apa-apa. Kalau boleh saya tak nak baca atau lihat benda negatif,” ujarnya.

Bella, pada sesi iftar pada 3 April, antara lain, meluahkan rasa sedih dan kecewanya apabila ibu mentua yang disanjungi didakwa memanggil beberapa rakan baik Aliff untuk bercakap buruk tentangnya.

Beliau memainkan sedutan rakaman suara ibu mentuanya itu kepada media.

“Dia cakap saya dikenali sebab saya kahwin dengan Aliff. Saya bukan pelakon dan penyanyi hebat yang dikenali.

“Apa salah saya sampai perlu cakap begitu?” kata Bella.

Sementara itu, komen warganet yang mencurah-curah di media sosial memberi pendirian berbeza mengenai isu ini. Ada yang ingin mereka kembali bersama dan ada pula yakin perpisahan adalah jalan terbaik buat kededuanya.

Pengacara dan pelakon Daphne Iking berkata:

“Saya menyokong kalau keputusan dibuat untuk kepentingan anak-anak. Anak-anak harus dewasa dalam sekitaran yang penyayang dengan hubungan yang sihat. Suami isteri bertelingkah. Akan ada perbalahan pendapat. Tapi sejauh mana ia menjadi toksik dan tidak sihat buat anak-anak?”

Warganet yang menggunakan nama ‘Ohmyaisybabyshop’ pula menulis:

“Saya harap Aliff tidak menyeksa Bella. Saya yakin Bella pun inginkan kehidupan yang tenang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >