Wanita
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

8 hikmah K-Drama ‘When Life Gives You Tangerines’

Apr 23, 2025 | 5:30 AM
Park Bo-gum, IU, drama Korea
Drama Korea, ‘When Life Gives You Tangerines’, yang dibintangi Park Bo-gum sebagai Yang Gwan-sik (kiri) dan IU selaku Oh Ae-sun, mengajak penonton mensyukuri apa jua yang dihidangkan dalam kehidupan.  - Foto NETFLIX

Drama Korea, When Life Gives You Tangerines, membawa penonton ke sebuah dunia yang sederhana namun penuh makna, berlatarbelakangkan keindahan Pulau Jeju dan kisah penduduknya yang saling berkait.

Siri ini mengikuti perjalanan hidup Oh Ae-Sun (lakonan IU), seorang wanita muda yang tabah, dan anggota masyarakat sekelilingnya, termasuk Yang Gwan-Sik (lakonan Park Bo-gum), cinta hatinya sejak kecil.

Dalam suasana masyarakat tradisional yang dipenuhi haenyeo (penyelam wanita), drama ini tidak hanya menyentuh soal cinta, bahkan juga soal maruah, ketabahan, dan erti sebenar kehidupan.

Berikut beberapa pelajaran kehidupan yang boleh kita renungi daripada drama ini:

1. Hargai detik ini daripada tajuk drama itu sendiri – When Life Gives You Tangerines – seolah-olah mengajak kita untuk mensyukuri apa jua yang dihidangkan dalam kehidupan. Limau tangerin di sini menjadi lambang detik kecil yang manis, yang kerap kita abaikan. Kehidupan boleh berubah dalam sekelip mata, maka nikmatilah saat ini seadanya.

2. Cinta sejati itu tentang kesetiaan hubungan melalui watak utama, Ae-Sun dan Gwan-Sik menggambarkan cinta yang tidak berpura-pura. Ia penuh kesetiaan, kepercayaan, dan sokongan. Mereka tidak perlu kata-kata manis untuk membuktikan kasih, tetapi hadir dalam susah dan senang. Inilah jenis cinta yang patut kita hargai dan perjuangkan.

3. Ketabahan mengatasi segala. Ae-Sun tidak asing dengan kehilangan dan ujian. Namun, dia tidak mudah menyerah. Semangatnya yang kental mengingatkan kita bahawa badai pasti berlalu. Dalam setiap luka, ada ruang untuk sembuh dan bangkit semula.

4. Anggota masyarakat adalah kekuatan di tengah-tengah semua cabaran. Masyarakat haenyeo di Jeju memainkan peranan penting dalam menyokong Ae-Sun. Dalam dunia yang semakin individualistik, drama ini mengingatkan kita tentang kuasa sokongan sesama wanita dan pentingnya hidup bermasyarakat.

5. Harga diri tak boleh ditawar. Watak Geum-Myeong menunjukkan kekuatan seorang wanita yang sanggup membatalkan perkahwinannya demi mempertahankan maruah. Dia tidak tunduk kepada layanan buruk keluarga bakal suaminya. Kita wajar belajar untuk meletakkan sempadan dan menjaga harga diri kita.

6. Kasih ibu tiada sempadan. Drama ini turut mengangkat tema kasih ibu yang tidak berbelah bahagi. Pengorbanan ibu Ae-Sun untuk anak-anaknya bukan sahaja mengharukan, malah menjadi inspirasi tentang cinta yang benar-benar murni iaitu kasih yang membentuk generasi seterusnya.

7. Pilihlah kebaikan watak Ae-Sun yang digambarkan sebagai seorang yang berhati baik, walaupun hidup tidak selalu memihak kepadanya. Dia tetap memilih untuk berlaku baik, dan kebaikan itu menjadi sumber kekuatannya dan orang sekelilingnya.

8. Hidup tidak semestinya sempura. Kita sering mencari kehidupan yang ‘sempurna’ – kerja yang stabil, pasangan ideal, dan kisah hidup yang mulus. Namun, drama ini mengajar kita kehidupan yang indah bukanlah tanpa cacat cela, tetapi bagaimana kita menerima kekurangan itu dengan hati terbuka.

When Life Gives You Tangerines bukan sekadar hiburan. Ia mengajak penonton merenung kehidupan khususnya tentang aspek menerima, memaafkan, mencintai, dan terus melangkah.

Ia ibarat buah tangerin – kecil, ringkas, tapi menyegarkan jiwa.

Drama ini disiarkan di Netflix.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg