Ketika anak perempuannya yang berusia empat tahun tekun mewarna di bilik darjah tajaka, Cik Hartini Karyana pula berdiri di hadapan pensyarah Institut Khidmat Sosial (SSI), membentangkan tugasan akhirnya sambil berjuang melawan barah, menjaga ibunya yang sakit serta membesarkan anak sendirian.

Bagi wanita berusia 43 tahun itu, detik tersebut menggambarkan realiti kehidupannya sepanjang sedekad lalu, mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu, pesakit barah dan pelajar tanpa rasa putus asa.