Dalam semangat menyambut ulang tahun ke-60 Singapura (SG60) dan Hari Jururawat yang diraikan pada 1 Ogos, salun tempatan, Pearlista, tampil dengan inisiatif merai golongan wanita.

Melalui pelancaran, Pakej Orchid Istimewa, Pearlista ingin memberi penghargaan kepada kaum wanita yang selama ini menggalas banyak tanggungjawab.