Warga ramah tarikan utama destinasi pelancongan: 10 bandar paling mesra menurut tinjauan
Warga ramah tarikan utama destinasi pelancongan: 10 bandar paling mesra menurut tinjauan
Apa yang membuatkan sesuatu tempat terasa mesra dan mengundang rasa selesa?
Tatkala melancong di negara asing, setiap perbuatan kecil daripada orang sekeliling mampu membawa perbezaan besar dalam pengalaman pengembaraan, sama ada ke arah yang baik mahupun yang kurang menyenangkan.
Bagi hampir separuh pengunjung, keramahan warga tempatan adalah daya tarikan utama apabila memilih destinasi percutian.
Demikian menurut tinjauan yang dijalankan wadah tempahan perjalanan Booking.com, berdasarkan lebih 370 juta ulasan yang disahkan daripada pengunjung serata dunia.
Menduduki tempat teratas ialah Montepulciano di Italy, yang terletak tinggi di atas kawasan luar bandar Tuscan.
Daya tarikannya terletak pada bentuk jalanannya yang menghidupkan zaman pertengahan, istana Renaissance dan pemandangan luas ladang anggur.
Ini diikuti Magong, Taiwan, yang terletak di tepi pantai barat Pulau Penghu.
Bandar pelabuhan yang meriah ini dibentuk oleh kuil-kuil berabad lamanya, dengan jalan bata merah dan pemandangan pantai yang indah.
Seterusnya ialah San Martín de los Andes, Argentina, sebuah bandar Patagonia yang terkenal dengan daya tarikan pergunungan dan keindahan alam semula jadinya.
Berikut 10 bandar paling mesra atau ‘welcoming’ berdasarkan Booking.com:
1. Montepulciano, Italy
2. Magong, Taiwan
3. San Martín de los Andes, Argentina
4. Harrogate, United Kingdom
5. Fredericksburg, Texas, Amerika Syarikat
6. Pirenópolis, Brazil
7. Swakopmund, Namibia
8. Takayama, Jepun
9. Noosa Heads, Australia
10. Klaipeda, Lithuania

