Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warganet puji Siti Nurhaliza bawa anak jalan-jalan di pasar malam

Feb 12, 2024 | 5:39 PM
Datuk Seri Siti Nurhaliza dan anaknya, Siti Aafiyah Mohd Khalid, dirakam berjalan-jalan di pasar malam sekitar Kuala Lipis, Pahang.
Datuk Seri Siti Nurhaliza dan anaknya, Siti Aafiyah Mohd Khalid, dirakam berjalan-jalan di pasar malam sekitar Kuala Lipis, Pahang. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK FAIZAH FAIZAL

Kehadiran penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama anaknya, Siti Aafiyah Mohd Khalid, di pasar malam, baru-baru ini menjadi sorotan warganet dan tular dalam media sosial.

Ramai memuji penyanyi ‘Nombor Satu’ Malaysia itu yang tidak kekok ke pasar malam dan membeli barangan mainan untuk anaknya di gerai biasa.

Difahamkan, Siti, 44 tahun, berjalan-jalan di pasar malam di Kuala Lipis, Pahang. Kelihatan ada juga pengunjung yang mengerumuninya, tetapi masih dalam keadaan terkawal.

Gelagat Siti dan anaknya sempat dirakam peminat yang dikenali sebagai Faizah Faizal. Rakaman itu dimuat naik dalam aplikasi TikTok dan turut dikongsi di platform media sosial lain.

Menurut pemilik video, Siti hanya membenarkan anaknya memilih satu mainan sahaja dari gerai yang menjual alat permainan itu.

Rata-rata warganet memuji sifat Siti masih selesa dan tidak kisah berjalan-jalan membeli barang di pasar malam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg