Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tok Ti tambah satu lagi hari konsert ‘Fenomena’ di S’pura

Feb 07, 2024 | 02:49 PM



Ada yang bingit dan terbiar hampa.

Ada yang menangis dan mula tertanya-tanya dalam talian jika sesiapa tahu bagaimana nak dapatkan tiket ke konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 29 Jun ini, Fenomena - Dato’ Sri Siti Nurhaliza Live In Singapore?


Aduhai, begitulah keadaannya apabila peminat Tok Ti berebut-rebut nak dapatkan tiket konsert untuk menyaksikan biduanita kegemaran berdendang. Apabila dalam masa lima minit talian tempahan dibuka, tahu-tahu dah habis! Tak ke hampa?

Kerana peka dengan keinginan peminat, pihak penganjur SAH Entertainment yang diterajui penyanyi Singapura, Sufi Rashid, berusaha dengan pihak Tok Ti untuk mengadakan satu lagi hari untuk Fenomena - Dato’ Sri Siti Nurhaliza Live In Singapore.


Konsert akan diadakan di Teater The Star mulai 8 malam pada 28 Jun 2024.

Ini diumumkan Tok Ti sendiri di Instagram SAH Entertainment lewat malam 6 Februari.

Bagus juga konsert Tok Ti diadakan selama dua hari bagi tidak mengecewakan peminat yang awalnya tidak dapat menempah tiket mereka. Kalau Coldplay dan Taylor Swift boleh bikin konsert sampai enam hari kerana sambutan luar biasa peminat, rasanya Tok Ti pun mampu buat konsert melebihi sehari secara serentak.

Tok Ti juga meminta doa orang ramai agar dimudahkan urusan mengendalikan konsert ini dengan beliau yang tidak sabar bertemu peminat pada Jun nanti.

Menurut jurucakap SAH Entertainment, pemilik tiket bagi konsert 29 Jun boleh menukar hari jika kepingin pergi kepada hari pertama konsert iaitu 28 Jun. Maklumlah, ada yang nak tengok pada hari pertama... dah masuk hari kedua, ada yang rasa kurang ‘best’ pula.

Bagi yang tidak berkesempatan beli untuk 29 Jun, tunggulah maklumat terkini daripada pihak SAH Entertainment. Jangan terlepas lagi, ya?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >