Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WHe – Wanita Hebat temui pembaca setiap Rabu

Aug 9, 2023 | 5:30 AM
PENGELOLA: Hanim Mohd Saleh, Editor Bersekutu dan Kolumnis Kanan Berita Harian/Berita Minggu, pengelola ruangan WHe - Wanita Hebat.
PENGELOLA: Hanim Mohd Saleh, Editor Bersekutu dan Kolumnis Kanan Berita Harian/Berita Minggu, pengelola ruangan WHe - Wanita Hebat. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Berita Harian sering menghidangkan berita-berita dan rencana berkaitan wanita namun ruangan khusus untuk kaum Hawa memang sudah agak lama tidak muncul di akhbar ini.

Ruangan WHe, ringkasan bagi Wanita Hebat dilancarkan pada hari ini dan akan menemui pembaca setiap Rabu, sebagai wadah khusus yang memberi sorotan kepada perkembangan dunia wanita, yang jelas memainkan peranan menyerlah dalam pelbagai bidang dan berkembang seiringan kemajuan zaman.

WHe akan mengetengahkan isu-isu semasa berkaitan wanita, mengetengahkan profil-profil menarik, kisah-kisah inspirasi selain berkongsi aktiviti-aktiviti dan produk yang boleh menambah nilai dan keceriaan wanita.

Sempena Hari Kebangsaan Singapura ke-58 ini, WHe memaparkan wajah-wajah yang berjaya mencapai kecemerlangan dengan cara tersendiri tanpa mengetepikan tanggungjawab masing-masing sebagai isteri, ibu atau anak, dan membawa suara mereka ke gelanggang antarabangsa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg