Siapa yang menawan? Siapa pula yang membuat sakit mata? Acara Permaidani Merah, Anugerah Academy ke-96 atau Oscar 2024, memaparkan pelbagai bintang berbakat di Hollywood.
SELEBRITI MENAWAN
Zendaya anggun memakai gaun Giorgio Armani Prive
Antara barisan artis yang menghadiri acara malam gemilang, Oscar, adalah Zendaya yang tampil dengan gaun sandang sebahu berjenama Giorgio Armani Privé.
Ia diperbuat daripada kain sutera rona bunga mawar merah jambu.
Gaun itu juga menyerlahkan ilustrasi pokok palma pada busana itu, di mana Zendaya turut memakai korset tanpa bertali rona kelabu besi dengan manik bergemerlapan indah.
Zendaya, yang telah menjadi duta Bulgari sejak 2020, menghiasi busana gaun itu dengan perhiasan merah jambu-emas rekaan Bulgari dari Italy, termasuk anting-anting yang memaparkan batu merah jambu potongan tiga segi seberat 42.19 karat.
Ariana Grande memperagakan Giambattista Valli
Sebelum ini, bintang dalam filem akan datang, Wicked, ini telah menarik perhatian memakai gaun menawan oleh Giambattista Valli pada beberapa acara permaidani merah.
Kali ini, di majlis Anugerah Academy, Ariana menarik perhatian sekali lagi dalam busana gaun sutera merah jambu tanpa bertali di bahu, dengan gaya lipatan kemas dan kain rentetan.
Rekaan itu diilhamkan daripada koleksi ‘haute-couture’ pereka baju jenama itu bagi musim gugur 2030.
Grande memadankan gaun itu dengan perhiasan platinum oleh Tiffany & Co., termasuk rantai berlian yang memaparkan loket merah jambu seberat melebihi 14 karat.
Antara selebriti yang tampil dengan busana kurang menarik
Billie Eilish seperti gadis sekolah
Walaupun penyanyi Billie Eilish terkenal dengan gaya fesyennya yang luar biasa, beliau menarik perhatian untuk sebab-sebab berbeza bagi Anugerah Academy 2024 dengan skirt kotak-kotak yang dipadankan dengan blazer, memaparkan beliau sebagai seorang gadis sekolah.
Gaun Andrea Risebrough macam karpet merah
Pelakon Britain, Andrea Risebrough, juga kelihatan kurang sesuai memakai gaun berkotak-kotak dengan rona utama, merah, yang sepadan dengan permaidani merah.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg