Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bakal calon PAP, Ivan Lim, jawab kritikan, 'tekad terus berusaha dan berkhidmat' jika dipilih

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Bakal calon PAP, Ivan Lim, jawab kritikan, 'tekad terus berusaha dan berkhidmat' jika dipilih

Jun 27, 2020 | 02:19 PM



BAKAL calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) Ivan Lim pada Sabtu (27 Jun) menjawab kritikan yang dilemparkan kepadanya dalam talian, dengan berkata beliau "bertekad untuk terus berusaha dan berkhidmat" jika dipilih di pilihan raya umum.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi parti itu, Encik Lim berkata: "Saya terima yang saya sentiasa boleh melakukan yang lebih baik dan saya bersedia belajar. Saya akan mengambil pengalaman ini dengan serius dan melakukan yang terbaik untuk membuktikan diri saya kepada pengundi dan semua warga Singapura."


Kritikan daripada pelbagai pihak muncul dalam talian setelah PAP memperkenalkan Encik Lim sebagai antara 27 calon barunya untuk bertanding dalam pilihan raya 10 Julai pada Rabu, daripada orang yang mengaku mengenalinya semasa perkhidmatan negara atau di politeknik.


Beliau dituduh bersikap elitis semasa satu latihan ketenteraan dan bersifat sombong, antara lain.


Dalam kenyataan itu, Encik Lim, 42 tahun, berkata penting baginya menyatakan kedudukannya, kerana keluarganya - terutama ibunya - terjejas.


Pengurus besar (GM) (kapal-kapal khusus) di Keppel Offshore & Marine itu berkata tuduhan bahawa beliau terlibat dalam kes rasuah syarikat itu di Brazil adalah "sama sekali tidak berasas dan tidak benar", kerana beliau tidak terlibat dalam sebarang projek Keppel di Brazil.


Mengenai cerita tentang kejadian tentera, orang ramai boleh mempunyai perspektif yang berbeza mengenai kejadian yang sama, katanya.


Mengenai kritikan dari seorang bekas rakan kerja, beliau berkata: "Industri limbungan kapal adalah industri yang sukar dan berat tuntutannya dan kami selalu menghendaki standard tinggi daripada rakan sekerja Keppel untuk memastikan mereka dapat pulang dengan selamat kepada keluarga mereka. Ramai rakan sekerja yang telah dinaikkan pangkat dan berprestasi baik semasa saya menjadi AGM dan GM Keppel. "


Mengenai catatan tentang beliau tidak senyum kepada jiran di dalam lif, Encik Lim berkata beliau tidak ingat kejadian sedemikian.


Kenyataan Encik Lim dikeluarkan sejurus selepas Timbalan Perdana Menteri dan penolong setiausaha agung PAP pertama, Encik Heng Swee Keat, berkata pada pagi Sabtu bahawa beliau harus menjelaskan kritikan dalam talian yang diterimanya.


Encik Lim berkata: "Apabila saya setuju untuk memasuki politik, saya menjangkakan ia sukar. Ujian ini telah datang lebih awal daripada yang saya jangkakan.


"Saya ingin berkata yang saya bertekad untuk terus berusaha dan berkhidmat sekiranya saya dipilih."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >