Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

DPM Heng perjelas dakwaan Chee Soon Juan mengenai jumlah 10 juta penduduk

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

DPM Heng perjelas dakwaan Chee Soon Juan mengenai jumlah 10 juta penduduk

Jul 02, 2020 | 11:10 AM



TIMBALAN Perdana Menteri Heng Swee Keat menekankan beliau tidak pernah mengatakan bahawa Singapura merancang untuk menambah jumlah penduduknya kepada 10 juta.



Malah, beliau tidak pernah menukil perangkaan tersebut sama-sekali.



Menjelaskan duduk perkara sebenar, Encik Heng berkata beliau telah diajukan soalan mengenai Kertas Putih Kependudukan di Forum Menteri Kesatuan Pelajar NTU pada 2019.



Semasa menjawab pertanyaan tersebut, beliau berkata bekas ketua perancang bandar Encik Liu Thai Ker pernah mengatakan kepada umum bahawa Singapura boleh meletakkan matlamat yang lebih tinggi bagi jumlah penduduk.



“Saya tidak menyokongnya, saya menjelaskan saiz penduduk kita bukan hanya bergantung kepada ruang fizikal, tapi juga mengenai ruang sosial dan bagaimana kita boleh mengekalkan semangat kekitaan,” ujar Encik Heng, yang memimpin GRC East Coast bagi pasukan PAP, dalam satu catatan di Facebook Khamis (2 Julai).



“Biarlah saya tegaskan: Pemerintah tidak pernah menyarankan atau meletakkan matlamat bagi Singapura untuk meningkatkan jumlah penduduknya kepada 10 juta. Dan jika lihat keadaan sekarang, jumlah penduduk kita besar kemungkinan kurang daripada 6.9 juta menjelang 2030.”



Penjelasan Encik Heng itu menyusuli bahas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan dalam talian Rabu apabila ketua Parti Demokratik Singapura (SDP) Dr Chee Soon Juan, telah mengatakan Encik Heng pernah memikirkan untuk menambah jumlah penduduk Singapura kepada 10 juta.



Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, yang mewakili PAP dalam bahas tersebut, menolak dakwaan Dr Chee itu dan menyifatkan jumlah 10 juta tersebut sebagai ‘strawman’ iaitu memberi gambaran yang salah dalam membahaskan sesuatu dan berita palsu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >