Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

ELD: Berkempen dan iklan baru tidak dibenarkan pada Hari Bertenang, Hari Mengundi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

ELD: Berkempen dan iklan baru tidak dibenarkan pada Hari Bertenang, Hari Mengundi

Jul 08, 2020 | 10:52 PM



BERKEMPEN dan pengiklanan pilihan raya baru tidak dibenarkan pada Hari Bertenang pada Khamis (9 Julai), untuk membolehkan pengundi berfikir secara rasional tentang pelbagai isu yang ditimbulkan semasa tempoh berkempen, sebelum keluar mengundi pada Jumaat.



Sekatan sama dikenakan pada Hari Mengundi, kata Jabatan Pilihan Raya (ELD) dalam satu kenyataan pada Rabu (8 Julai).

Sekatan itu merangkumi penerbitan iklan pilihan raya baru dalam divisyen pilihan raya, termasuk membuat perubahan kepada sebarang iklan pilihan raya yang diterbitkan sebelum Hari Bertenang.

Tetapi beberapa pengecualian dibenarkan berhubung larangan menerbitkan atau memaparkan iklan pilihan raya pada kedua-dua hari itu, seperti laporan di surat khabar, radio dan televisyen berhubung pilihan raya dan Siaran Parti Politik yang dijadual ditayangkan mulai 8 malam pada Khamis.

Pengecualian juga diberikan bagi penyebaran pandangan politik peribadi oleh seorang individu ke individu lain, secara bukan komersial, menggunakan Internet, telefon atau cara elektronik.


Namun ELD berkata,  untuk mengelakkan keraguan, peserta kumpulan/saluran sembang atau webinar yang melibatkan lebih daripada dua peserta di platform seperti WhatsApp, Telegram dan Zoom tidak harus menyiarkan sebarang iklan pilihan raya dalam wadah itu, dan moderator kumpulan/saluran atau webinar itu perlu mengambil langkah berpatutan untuk menghapuskan sebaran iklan pilihan raya sebaik mereka sedar tentangnya.


Pada Hari Mengundi, ELD berkata pengundi yang sihat harus mengundi dalam tempoh yang disarankan untuk mereka, atau jika tidak, mereka boleh mengundi pada bila-bila masa antara 8 pagi dengan 8 malam.


Tetapi pengundi digalakkan agar elak mengundi dari 7 malam hingga 8 malam kerana tempoh itu diperuntuk bagi mereka yang tidak sihat.


Pengundi muda pula dinasihatkan agar tidak mengundi antara 8 pagi dengan 12 tengah hari kerana tempoh itu diperuntuk bagi warga emas, kecuali jika mereka telah diberikan masa mengundi dalam tempoh itu.  



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >