Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

ELD sangkal dakwaan palsu kertas undi, pena khas diolah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

ELD sangkal dakwaan palsu kertas undi, pena khas diolah

Jul 07, 2020 | 06:31 PM



JABATAN Pilihan Raya (ELD) menyangkal dakwaan bahawa kertas undi dan pena khas untuk menanda pangkah di kertas undi yang disediakan untuk pilihan raya umum ini telah diolah supaya tanda yang dibuat di kertas undi akan hilang selepas beberapa minit.



Dalam satu kenyataan pada Selasa (7 Julai), ELD berkata ia sedar terdapat maklumat palsu sedemikian yang diedarkan di dalam talian dan di wadah pesanan segera.


"ELD ingin menyatakan secara tegas bahawa ini tidak benar," katanya.


Ia menjelaskan, tanda yang dibuat menggunakan pena itu adalah kekal.


Malah dakwatnya berasaskan minyak, dan kalis air serta suhu.


Pena serupa juga telah digunakan dalam pilihan raya di negara lain, termasuk Republik Korea, katanya.


Selain itu, kertas undi yang digunakan untuk pilihan raya umum ini tiada beza dengan kertas undi yang digunakan dalam pilihan raya lalu, dan dicetak dalam keadaan keselamatan yang ketat.


"Tidak mungkin bagi kertas undi menjalani olahan tambahan di bawah persekitaran yang dikawal ketat," kata ELD.


Ia menambah, pena itu diperkenalkan bagi membolehkan pengundi membuat pilihan mereka di kertas undi dengan jelas dan mudah.


Ini hasil maklum balas dalam pilihan raya lalu bahawa beberapa pengundi, terutama pengundi yang lebih tua, mengalami kesukaran untuk memegang pena biasa bagi menandakan pilihan mereka.


Selain itu, ELD telah memberitahu pengundi bahawa mereka boleh membawa pena mereka sendiri untuk menandakan kertas undi.


"ELD komited untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan undi, dan telah meletakkan kawalan ketat di setiap langkah proses pengundian untuk memastikan hal ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >