Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

GE2020: ESM Goh bersara dari politik setelah 44 tahun sebagai AP

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

GE2020: ESM Goh bersara dari politik setelah 44 tahun sebagai AP

Jun 25, 2020 | 04:09 PM



MENTERI Kanan Emeritus Goh Chok Tong, 79 tahun, akan bersara dari politik setelah 44 tahun berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP).


Encik Goh mengumumkan keputusannya dalam satu surat kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Rabu (24 Jun) dan Encik Lee telah menerima keputusannya untuk mengundur.


Dalam jawapannya pada Khamis (25 Jun), Encik Lee mengucapkan terima kasih kepada Encik Goh di atas perkhidmatan cemerlang, bagi pihak semua rakyat Singapura.


Pertukaran surat itu dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada Khamis.


Encik Goh berkata  adalah satu penghormatan dan keistimewaan terbesarnya untuk berkhidmat kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP), penduduk Marine Parade, serta Singapura dan warga Singapura sepanjang 44 tahun lalu.


Beliau menambah yang beliau akan terus menyumbang dalam cara lain.


Encik Goh memasuki politik pada 1976 dan pertama kali dipilih ke Parlimen sebagai AP untuk Marine Parade pada pilihan raya 1976.


Beliau dipilih kembali dalam sembilan pilihan raya umum berikutnya, dan berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Kesihatan dan Pertahanan antara 1979 dengan 1990.


Beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1985, dan menggantikan Encik Lee Kuan Yew sebagai perdana menteri kedua Singapura pada November 1990.


Encik Goh melepaskan jawatan perdana menteri pada Ogos 2004 kepada Encik Lee Hsien Loong, dan kekal dalam Kabinet sebagai Menteri Kanan.


Beliau juga berkhidmat sebagai pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dari 2004 hingga 2011.


Beliau mengundurkan diri dari Kabinet bersama-sama Menteri Mentor Lee Kuan Yew setelah pilihan raya umum 2011, dan diberi gelaran kehormat sebagai Menteri Kanan Emeritus.


Beliau juga dilantik sebagai Penasihat Kanan MAS.


Di Marine Parade, Encik Goh akan menyerahkan kepimpinan kepada Dr Tan See Leng, 55 tahun, yang diperkenalkan sebagai calon PAP untuk pilihan raya 10 Julai pada Khamis oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.


Dr Tan, yang merupakan bekas ketua eksekutif kumpulan Parkway Holdings, adalah seorang pengamal perubatan dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri penjagaan kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >