“
PARTI Warga Diutamakan (SingFirst) telah dibubarkan.Ini sekali gus mengurangkan bilangan parti pembangkang yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum akan datang kepada 11 parti, lapor The Straits Times.
Setiausaha Agung SingFirst Tan Jee Say pada Khamis (25 Jun) mengumumkan di Facebook bahawa jawatankuasa eksekutif pusat parti itu memutuskan untuk membubar parti tersebut sebab ia percaya tentangan yang kuat dicapai dengan gabungan.
"Keputusan ini tidak diambil ringan, tetapi kami percaya tindakan ini adalah untuk kebaikan Singapura," katanya dalam satu kenyataan.
Encik Tan, yang merupakan bekas ahli Parti Demokratik Singapura (SDP), menubuhkan SingFirst pada 2014.
Parti itu membariskan 10 calon di Pilihan Raya Umum 2015 tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg