GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PAP perkenal empat calon baru

Jun 25, 2020 | 3:44 PM
Encik Masagos Zulkifli (tengah) bergambar dengan calon PAP baru (dari kiri) Encik Eric Chua Swee Leong, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, Cik Yeo Wan Ling dan Encik Alvin Tan Sheng Hui. - Foto PAP
Encik Masagos Zulkifli (tengah) bergambar dengan calon PAP baru (dari kiri) Encik Eric Chua Swee Leong, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, Cik Yeo Wan Ling dan Encik Alvin Tan Sheng Hui. - Foto PAP -

Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah memperkenal lagi empat calon baru pada Khamis (25 Jun).

Dalam sidang media yang diadakan secara dalam talian dan dihoskan oleh Naib Pengerusi PAP, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, empat calon baru itu, termasuk seorang calon Melayu diperkenal.

Mereka merupakan Pensyarah Kanan di Politeknik Republik, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, 42 tahun; bekas pengarah Pejabat Program SGSecure, Encik Eric Chua Swee Leong, 41 tahun; pengasas Caregiver Group, Cik Yeo Wan Ling, 44 tahun; dan ketua dasar awan dan ekonomik di LinkedIn, Encik Alvin Tan Sheng Hui.

Dalam ucapannya, Encik Wan Rizal berkata isu mobiliti sosial amat penting padanya, dan beliau percaya pendidikan merupakan kunci utama mewujudkan mobiliti sosial dalam masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg