Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Penduduk main peranan besar jadikan Tampines bandar mesra alam: Masagos

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Penduduk main peranan besar jadikan Tampines bandar mesra alam: Masagos

Jul 04, 2020 | 12:55 AM




PENDUDUK Tampines dari pelbagai latar belakang dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu membangunkan kawasan kejiranan itu menjadi sebuah bandar mesra alam.



Ini selaras dengan matlamat untuk menggalak kehidupan yang lebih mapan di kalangan penduduk dalam menghadapi perubahan iklim.



Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) GRC Tampines, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Dr Koh Poh Koon, telah mengetengahkan beberapa daya usaha yang giat dijalankan oleh penduduk di situ dalam satu sesi Facebook Live Jumaat malam (3 Julai),




Namun begitu, banyak lagi yang mampu dilakukan dan Encik Masagos yang merupakan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, mengalu-alukan penglibatan dan saranan lanjut dari masyarakat besar Tampines.




“Perubahan iklim adalah sesuatu yang harus kita atasi bersama...ia bukan sekadar membuat penyesuaian dengan perubahan yang akan terjadi kepada kita, tetapi juga tentang bagaimana kita mampu menggalak kehidupan mapan dalam mengurangkan kesan perubahan iklim,” kata Encik Masagos.



Bersependapat, Dr Koh berkata isu mewujudkan kehidupan yang lebih mapan merupakan perkara yang sering difikirkan para penduduk.



Beliau yang sebelum ini merupakan Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Ang Mo Kio turut gembira melihat usaha penduduk Tampines dalam menjadikan kehidupan mapan dan mesra alam sebahagian daripada budaya mereka.



“Sudahpun terdapat budaya tertentu di bandar ini sendiri, yang saya rasa adalah sesuatu yang harus kita terus galakkan, sama ada menerusi platform sedia ada atau mengembangkan platform baru di mana penduduk dapat menjadi sebahagian darinya.



“Kita juga mungkin dapat mencipta sebuah ruang masyarakat yang menggalak penyertaan dan keterlibatan orang ramai. Ia perlu mula dari peringkat bawah, jadi kita semua mampu memilikinya bersama,” ujar Dr Koh. 



Kedua-dua Encik Masagos dan Dr Koh merupakan sebahagian daripada lima calon PAP - termasuk  Encik Baey Yam Keng, Cik Cheng Li Hui, Encik Desmond Choo - yang bertanding di kawasan GRC Tampines pada pilihan raya tahun ini. 



Sebagai sebahagian daripada Program Bandar Hijau HDB, yang bertujuan ‘menyejukkan’ estet perumahan HDB dengan menggunakan kehijauan, Tampines bakal dilengkapkan dengan prasarana menghijau.



Antara ciri mesra alam yang akan diperkenalkan termasuk memasang panel suria di bumbung estet perumahan  HDB yang sesuai selain mewarnakan beberapa blok di situ dengan cat yang mampu megurangkan haba.



“Kami sangat mengalu-alukan idea dari penduduk kami mengenai apa yang ingin mereka lakukan untuk menggalak kehidupan yang mapan.



“Dengan usaha dijalankan ini, ia dapat mambantu membentuk corak pemikiran yang mampu kita banggakan di masa hadapan,” kata Encik Masagos lagi. 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >