Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Polis siasat individu disyaki dedahkan kiriman media sosial calon WP Raeesah Khan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Polis siasat individu disyaki dedahkan kiriman media sosial calon WP Raeesah Khan

Jul 07, 2020 | 07:37 PM



POLIS sedang menyiasat seorang pengguna Facebook yang mengaku telah mendedahkan catatan media sosial yang dibuat oleh calon Parti Pekerja (WP) Raeesah Khan.


Menjawab pertanyaan media pada Selasa (7 Julai), polis mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat terhadap seorang individu yang menggunakan nama Facebook 'Abdul Malik Mohammed Ghazali'.


Polis tidak menyatakan sama ada ini adalah nama sebenar pengguna.


Pengguna itu sedang disiasat atas dakwaan kesalahan mengganggu dan menyiarkan komen di media sosial dengan sengaja untuk melukakan perasaan keagamaan atau perkauman.


Siasatan sedang dijalankan.


Dalam catatan Facebook yang diedarkan pada Ahad, netizen itu mengaku sebagai "antara yang pertama membocorkan dan (membuat) tangkap layar tular" akaun media sosial Cik Raeesah.


Cik Raeesah, 26 tahun, yang bertanding di GRC Sengkang, merupakan sebahagian daripada pasukan WP seramai empat orang.


Pada Ahad, polis berkata dua laporan telah dibuat terhadap Cik Raeesah, seorang pengasas perusahaan sosial, dan siasatan masih dijalankan.


Kenyataan polis itu berkata beliau didakwa membuat komen bahawa pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang Singapura mendiskriminasi terhadap warga, dan jika dibandingkan dengan kumpulan lain, orang kulit putih dan Cina kaya diperlakukan secara berbeza di bawah undang-undang.


Satu lagi laporan polis dibuat terhadap catatan yang berasingan di mana dalam konteks laporan berita mengenai keputusan Gereja City Harvest, Cik Raeesah dikatakan membuat komen bahawa Singapura memenjarakan minoriti tanpa belas kasihan, mengganggu pemimpin masjid tetapi membiarkan "pemimpin gereja yang rasuah yang mencuri $50 juta" bebas.


Cik Raeesah telahpun meminta maaf di atas catatan tersebut, dan berkata beliau tidak bermaksud untuk menimbulkan perpecahan sosial dan telah membuat komen itu kerana mahu meningkatkan kesedaran tentang keprihatinan minoriti.


Di satu sidang media pada Ahad malam, tidak lama selepas berita mengenai laporan polis itu, Cik Raeesah berkata: "Komen saya tidak sensitif dan saya kesal menulis demikian. Saya mempunyai minat mendalam dalam isu minoriti tidak kira apa bangsa dan, dalam keghairahan itu saya membuat kenyataan tidak wajar, dan saya harus bertanggungjawab baginya. Saya akan bekerjasama sepenuhnya dalam sebarang siasatan polis.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >