Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Rahsia terus berkhidmat – baik hati, berani, kuat semangat dan ‘kulit tebal’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Rahsia terus berkhidmat – baik hati, berani, kuat semangat dan ‘kulit tebal’

Jul 02, 2020 | 02:44 PM



BUKAN mudah untuk wanita yang berkaliber sebagai pemimpin, bertanding dalam Pilihan Raya Umum, terutama apabila mereka perlu membahagikan masa sebagai seorang anak, isteri atau ibu.



Justeru, Menteri Negara Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Sim Ann, begitu teruja apabila semakin ramai wanita yang berkebolehan tampil untuk berkhidmat dalam GE kali kini.



Dalam wawancara khas dengan Berita Harian, Cik Sim, yang bertanding untuk kali ketiga dalam pilihan raya, turut menggariskan empat perkara sebagai “senjata” wanita untuk bertahan sebagai seorang pemimpin terutama dalam politik.



Ini termasuk seorang wanita perlu ada sifat baik hati, pemikiran yang kuat, ‘kulit tebal’ dan semangat kental.



“Dua perkara pertama iaitu baik hati dan pemikiran yang kuat, saya kira ramai wanita ada ciri-ciri ini.



“Tetapi untuk menjadi ‘kulit tebal’ dan semangat kental agak lebih sukar.



“Wanita pada dasarnya pemalu. Kita juga selalu merujuk untuk dapatkan persetujuan, tak kira dengan keluarga, kawan atau kawan kerja. Jadi sukar untuk ramai wanita yang mahu menjadi pemimpin tak kira apa bidang, untuk melangkah garis melakukan dua lagi perkara tersebut.



“Kita juga selalu ragui diri sendiri... apakah kita terbaik? 



“.... dan kita selalu terganggu dengan label-label yang selalu dilemparkan kepada pemimpin wanita.



“Jadi kena jadi ‘kulit tebal’ untuk terus ke depan. Semangat kental amat perlu terutama dalam politik. Perlu ada keseimbangan. Mungkin ada yang tak suka jika kita bertegas dan menggesa, tetapi kena berani tegakkan pendirian,” ujar beliau.



Ikuti temubual penuh Cik Sim dengan wartawan dalam Berita Harian esok (Jumaat).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >