Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

WP akan kerjasama dengan semua, termasuk PAP, untuk harungi krisis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

WP akan kerjasama dengan semua, termasuk PAP, untuk harungi krisis

Jul 12, 2020 | 04:42 PM



PARTI Pekerja (WP) akan berganding bahu dengan semua pihak sedang Singapura mengharungi badai, dan akan memberi tumpuan kepada hasil yang baik bagi Singapura, kata ketua parti itu, Encik Pritam Singh.


“Kita berada dalam keadaan yang bergelora dan seluruh negara harus bersatu padu untuk keluar daripada situasi ini.


“Ini bermakna tumpuan kami haruslah untuk Singapura dan rakyat Singapura. Jika ini bermakna kami (perlu) kerja dengan sesiapa pun untuk meraih hasil itu, kami akan berbuat demikian,” ujar Encik Pritam.


Katanya lagi, WP harus memberi tumpuan tentang apa yang penting, dan “tidak memikirkan tentang kedudukan politik yang perlu diambil”.


Encik Pritam berkata demikian dalam satu sidang akhbar maya oleh WP pada Ahad (12 Julai).


Ditanya mengenai pelantikannya sebagai Ketua Pembangkang dan apakah sumber yang akan diberikan kepadanya, Encik Pritam berkata beliau tidak ada maklumat tentangnya buat masa ini.


Dalam sidang itu, ketua pasukan WP yang memenangi GRC Sengkang, Cik He Ting Ru, berkata pihaknya kini bekerjasama dengan Majlis Bandaran sedia ada di Ang Mo Kio dan Pasir Ris-Punggol untuk memastikan peralihan yang lancar.


Pihaknya juga telah merancang untuk mengadakan mesyuarat peralihan secepat mungkin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >