Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Emilia Contessa pukau penonton di ‘Keroncong Nusantara’ Pesta Raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Emilia Contessa pukau penonton di ‘Keroncong Nusantara’ Pesta Raya

May 20, 2023 | 08:31 PM



JIKA anda dewasa pada era 1970-an dan 1980-an, pastinya lagu dari filem fenomena Indonesia, Akhir Sebuah Impian seperti Layu Sebelum Kembang dan Mimpi Sedih terpahat dalam ingatan kerana keunikan suara bintang legenda Emilia Contessa.


Pada Jumaat, ribuan peminat Emilia, 65 tahun, tidak layu di kerusi empuk Dewan Konsert Esplanade dan pastinya pulang dengan mimpi manis apabila menyaksikan biduanita itu muncul setelah sekian lama pada acara Simfoni Keroncong Nusantara sempena Pesta Raya anjuran Esplanade.


Konsert dengan sajian muzik Orkestra Melayu Singapura (OMS) di bawah pimpinan Amri Amin itu turut menampilkan Datuk Yusni Hamid dan Jamilah Abu Bakar dari Malaysia, Liliek Jasqee dan Andre Michiels dari Indonesia serta barisan artis Singapura, Eddy Ali, Suryana Norddin, Rudy Djoe serta Sheera, Umairah dan Hafiz dari OMS.


Marina Yusoff dan Rudy tampil sebagai pengacara yang sarat ilmu mengenai irama keroncong untuk dikongsi dengan hadirin.


Emilia menyanyikan medley runut bunyi Akhir Sebuah Impian, Angin November dan berduet bersama Eddy lagu Setangkai Anggerek yang pernah didendangkannya bersama Broery Marantika.


“Saya berbesar hati dapat sampai ke Singapura untuk menghiburkan anda setelah sekian lama.


“Akhir Sebuah Impian meninggalkan kenangan manis kerana ia cukup mencetus fenomena bahkan ditayangkan di pawagam Singapura dan Malaysia pada tempoh masa yang sangat lama iaitu enam bulan.


“Sehingga hari ini, orang akan ingat saya sebagai Yanti, nama watak dalam filem itu. Broery pula sejak berlakon dengan saya sehinggalah akhir hayatnya akan memanggil saya Yanti, bukan Emilia,” jelasnya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >