Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Baik atau buruk berlaku kerana ketentuan Allah

Manusia seringkali menilai ujian Allah sebagai satu masalah. Tambahan pula, cabaran ekonomi dan sosial telah menjejas kehidupan masyarakat dalam keadaan pandemik ini.Kematian ahli keluarga, kekurangan wang, kesihatan merosot dan pelbagai ujian yang diturunkan sehingga memberi kesan fizikal dan emosi kepada seseorang. Namun, bersangka baiklah dengan setiap ujian kerana baik atau buruk yang berlaku kepada seseorang manusia adalah kerana ketentuan-Nya. Sesungguhnya, Allah swt menguji hamba-hamba yang disayangi-Nya. Demikian ditekankan menerusi siaran langsung di Facebook Masjid Hasanah oleh Ustaz Muhammad Syahid Salleh, baru-baru ini.
Feb 13, 2022 | 05:30 AM



Beliau menukil firman Allah swt dalam al-Quran yang bermaksud:



"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:



'Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.'" (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)



POSITIF HADAPI DUGAAN



Ustaz Muhammad Syahid yang merupakan Pegawai Dakwah Masjid Hasanah. berkata tidak semua orang dapat menjaga fikiran yang positif (reda kepada Allah) tatkala diuji Allah swt.



"Ketika kita diuji dengan kesakitan, wabak, kehilangan pekerjaan atau pemergian insan tersayang, kita lupa bahawa semua ini adalah ujian yang Allah berikan.



"Jika dilihat dari sudut positif, kesakitan ini boleh menjadi asbab kepada penghapus dosa.



"Kadang-kadang, apabila kita buat kesalahan, Allah hapuskan dosa tersebut dengan balasan di dunia agar kita tidak terseksa di akhirat. Begitu baiknya Allah kepada kita.



"Maka, berdoalah kepada Allah swt agar dikurniakan kesabaran dan kecekalan hati. Redha dengan takdir Allah swt bukan suatu perkara yang mudah, apatah lagi hendak bersyukur dalam situasi tersebut. Hanya orang-orang yang reda kepada Allah swt sahaja yang dapat melakukannya,'' ujar Ustaz Muhammad Syahid.



CARA REDHA KETIKA BERDEPAN UJIAN



Ketika menyampaikan kuliah bertajuk 'Redha Kepada Allah', Ustaz Muhammad Syahid Salleh berpesan, jika satu nikmat ditarik, lihat kembali nikmat yang masih ada.



"Dengan pengekalan nikmat selebihnya, ucapkan kesyukuran. Ujian datang tanpa diminta.



"Kadang-kadang, kita doa benda lain, tetapi benda lain yang kita dapat. Itu pun kita perlu syukuri kerana kita masih memperolehi nikmat Allah.



"Apabila kita mampu bersyukur, barulah kita dapat reda kepada ujian Allah swt. Apa-apa sekalipun yang terjadi, jangan lupa untuk bersyukur,'' kata Ustaz Muhammad Syahid.



BERIMAN DENGAN NAMA ALLAH



Imam Abdul Karim bin Hawain al-Qusyairi pernah berkata bahawa orang yang redha dengan Allah swt ialah orang yang tidak pernah menentang segala ketentuan-Nya.



Jelas Ustaz Muhammad Syahid:



"Sikap redha perlu didasari dengan keyakinan terhadap sifat-sifat Allah swt seperti Ar-Rahman, Ar-Rahim dan semuanya.



"Apabila kita mengenali 99 nama-nama Allah swt, kita akan berpegang teguh kepada sifat-sifat-Nya.



"Sekiranya kita diuji, kita akan ingat bahawa Allah swt itu Maha Pengasih, yang mana Allah swt tidak akan menguji seseorang hamba di luar kemampuannya. Maka, kita akan yakin dengan segala ketentuan.



"Apa-apa yang terjadi, pasti itu yang terbaik buat diri kita kerana Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.



"Pengetahuan Allah swt jauh lebih tinggi dan luas, jika dibandingkan dengan semua hamba-Nya. Justeru, hanya Allah yang lebih mengetahui baik buruk hamba-Nya.



"Jika kita beriman dengan nama-nama Allah, secara automatiknya, ia mendatangkan sifat reda ke dalam diri seorang manusia," tambah Ustaz Muhammad Syahid.



REDHA SIFAT ORANG BERTAKWA



Saidina Ali ra berkata: "Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan."



Mengulas ayat di atas, Ustaz Muhammad Syahid menjelaskan:



"Takwa ialah perasaan takut kepada Allah swt dan beramal dengan apa yang diajarkan oleh Islam. Kita peka dengan larangan Allah swt agar tidak melakukan sesuatu yang bertentangan ajaran agama seperti jangan mendekati zina, mengumpat, mencuri dan lain-lain.



"Apabila Allah swt larang, hendaklah kita jauhkan. Apabila Allah swt perintah, hendaklah kita laksanakan. Selain itu, kita akan reda dan puas, walaupun memperolehi nikmat yang kecil. Persediaan menghadapi hari kematian juga sebahagian daripada takwa. Takut, beramal, reda dan bersiap sedia menuju kesudahan. Itulah sifat orang yang bertakwa."



  • LAPORAN BM



“Ketika kita diuji dengan kesakitan, wabak, kehilangan pekerjaan atau pemergian insan tersayang, kita lupa bahawa semua ini adalah ujian yang Allah berikan.

“Jika dilihat dari sudut positif, kesakitan ini boleh menjadi asbab kepada penghapus dosa.

“Kadang-kadang, apabila kita buat kesalahan, Allah hapuskan dosa tersebut dengan balasan di dunia agar kita tidak terseksa di akhirat.


- Ustaz Muhammad Syahid Salleh.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >