Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Berlumba kejar kebaikan dan keredaan Tuhan

Aug 04, 2023 | 06:00 AM



Islam adalah agama yang membawa kebaikan dan kesejahteraan dengan umat Islam sendiri digalakkan oleh Allah swt untuk berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan melalui ayat ‘Fastabiqul Khairat’.

Allah swt berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 148 yang bermaksud:

“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Perlumbaan ini sememangnya bukan perlumbaan bersendiri tetapi ia merupakan perlumbaan yang melibatkan sebanyak individu mungkin.

Sepertimana kita berkeyakinan bahawa melalui ajaran Islam kita mempunyai kemahuan mendalam terhadap pelaksanaan kebaikan, maka kita juga harus yakin bahawa individu lain selain daripada kita juga mempunyai kemahuan untuk melakukan kebaikan seperti kita.

Sepertimana kita berkeyakinan bahawa kita perlu ada kemahuan untuk mengejar amal soleh dan keredaan Allah, maka kita juga perlu yakin bahawa orang lain, seperti kita juga, mahu mengejar amal soleh dan keredaan Allah.

Menambah ilmu

Sepertimana kita bersemangat untuk sentiasa menambah ilmu dan menjadi lebih baik, perlu kita sedar bahawa orang lain juga teruja untuk bersama-sama menambah ilmu dan menjadi lebih baik. Maka sememangnya kita semua bersama dalam perlumbaan mencapai kebaikan.

Apabila kita bersama berlumba melakukan kebaikan, pada ketika itu seharusnya tidak ada perseteruan dan kebencian di antara kita.

Masing-masing daripada kita perlu mewujudkan rasa hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain, lebih-lebih lagi apabila kita semua berkumpul dalam satu matlamat yang sama, iaitu untuk menjadi hamba Allah swt yang beriman dan beramal soleh.

Sememangnya kita semua mahukan keredaan Allah swt dan sudah tentu kita juga dambakan rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Cuma yang membezakan sesama kita adalah kecenderungan kita yang berbeza.

Kekal hormat menghormati

Ibarat cita rasa kita dalam memilih jenis hidangan nasi sebagai makanan. Ada sebahagian kita yang suka kepada nasi lemak, ada suka nasi ayam dan ada juga yang suka nasi beriani.

Kesemuanya adalah nasi yang merupakan pemakanan penting dan bermanfaat buat kita serta memastikan kita dapat terus hidup dengan baik.

Cuma rasanya sahaja yang berbeza. Justeru, kita kekal hormat-menghormati cita rasa sesama kita dalam memilih hidangan nasi yang digemari.

Islam meraikan perbezaan sebagai satu kepelbagaian melengkapkan dan mencantikkan kehidupan asalkan perbezaan itu tidak menyebabkan kita lupa kepada matlamat untuk bersama-sama berlumba ke arah kebaikan demi meraih keredaan Allah swt.

Dan sememangnya dalam perjalanan kita berlumba-lumba melakukan kebaikan ini, pasti ada ranjau dan dugaan yang akan kita tempuhi. Itulah lumrah kehidupan. Ada pahit dan ada manis.

Namun paling penting, kita tidak melupakan asas dan matlamat kita berlumba-lumba dan kita juga tidak mengabaikan garis panduan yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Sunah. 

Allah swt berfirman dalam surah An-Nisaa ayat 59 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”


Al-Quran dan Sunah jadi panduan

Adalah sangat perlu kita berpegang dan berpasak dengan panduan Al-Quran dan Sunah Rasulullah saw. Kerana dengannya kita akan dapat meleraikan sebarang perselisihan yang menyakitkan dan menukarnya menjadi kesatuan yang menguatkan.

Kita tidak semestinya perlu bersetuju dengan menerima apa yang dinyatakan oleh orang lain. Ibarat kita tidak semestinya menukar cita rasa kita daripada makan nasi beriani yang disukai kepada makan nasi ayam yang kurang diminati. Tetapi adalah cukup sekadar kita memahami dan mengiktiraf perbezaan sesama kita itu tanpa sebarang perbalahan yang memecah-belahkan. 

Bersatu dalam perlumbaan mengejar kebaikan bukan bermakna kita perlu menanggalkan pendirian, identiti dan cita rasa sedia ada yang kita miliki untuk menjadi satu warna.

Sebaliknya, bersatu dalam perlumbaan ini perlu berlaku dengan kita mengiktiraf kekuatan dan kelemahan masing-masing dan seterusnya berganding bahu agar kita dapat saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Ini kerana rahmat Allah itu pada kesatuan, dan bukannya berpecah-belah.

Firman Allah swt dalam surah al-Imran ayat 103 yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.”

Semoga dengan kita perkukuhkan kesatuan antara kita dan berlumba-lumba dalam mengecapi kebaikan bersama, kita bakal mendapat rahmat Allah swt dan terhindar daripada azab-Nya.

Penulis adalah Presiden Persatuan Muhammadiyah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >