Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Fadilat baca surah Ad-Dukhan

Dec 30, 2021 | 05:30 AM



SURAH Ad-Dukhan adalah surah yang ke-44 dalam Al-Quran.



Surah ini tergolong surah 'makkiyah' yakni yang turun di Makkah dan mengandungi 59 ayat. Dinamakan Ad-Dukhan kerana kekata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 yang bererti 'kabut, jerebu atau asap'.



Menurut tafsir Allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji, surah ini diturunkan di Makkah selepas turunnya surah Az-Zukhruf, Ad-Dukhan ertinya 'asap'.



Ia mengandungi amaran Allah swt terhadap kaum musyrik yang menentang Nabi Muhammad saw bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dahsyat.



Menurut riwayat Bukhari secara ringkas dapat diterangkan sebagai berikut:



Orang-orang kafir Makkah telah melampaui batas dalam penentangan dan menghalangi agama Islam, dengan menyakiti dan menderhakai Nabi Muhammad saw, dan kerana itu Nabi saw telah berdoa kepada Allah swt agar diturunkan azab.



Sebagaimana Doa Nabi Yusuf as dikabulkan Allah ke atas orang-orang yang derhaka kepada Baginda as dengan musim kemarau yang panjang, sehinggakan orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan.



Mereka selalu menengadah ke langit mengharap pertolongan Allah swt tetapi tidak satu pun yang mereka lihat kecuali kabut jerebu yang menutupi pandangan mereka.



Akhirnya mereka datang kepada Nabi, agar Nabi memohon kepada Allah supaya diturunkan hujan. Setelah Allah swt mengabulkan doa Nabi dan turunnya hujan, mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu Allah swt menyatakan bahawa mereka nanti akan diazab dengan azab yang pedih.



Terdapat beberapa hadis Rasulullah saw yang menyatakan fadilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Ad-Dukhan, antaranya:



Dari Khalil bahawa Rasulullah saw bersabda: "Di dalam Al-Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah swt dengan katanya; 'Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku'." (HR: Al Baihaqi).



Daripada Zaid Ibnu Haritsah ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda kepada Ibnu Zayyad: "Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia? Maka Nabi saw simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi."



Dari Abi Ja'far ra, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda: "Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya dengan mudah dan memberi kitab (catatan amal)-nya dari sebelah kanannya." (HR: Abu Hamzah Tsumali)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >