Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Festival QuranSG ajak masyarakat kenali Quran lebih mendalam

Jul 28, 2023 | 05:30 AM



Buat julung-julung kalinya, sebuah festival Al-Quran bakal diadakan di sini bersempena Majlis Tilawah dan Tahfiz Al-Quran (MTTQ) peringkat kebangsaan Singapura 2023.

Diadakan di pekarangan Masjid Sultan, festival anjuran bersama Gerakan SalamSG dan masjid-masjid setempat itu bertujuan memupuk rasa cinta terhadap Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam Singapura.

Tahun ini juga merupakan acara MTTQ yang pertama diadakan secara fizikal sejak ia dihentikan ekoran pandemik Covid-19.

Acara tahunan MTTQ itu diadakan bagi menghasilkan qari dan qariah tempatan menerusi pertandingan pembacaan dan penghafalan kitab suci Al-Quran.

Pada tahun ini, peringkat akhir bagi musabaqah tilawah kategori kanak-kanak dan belia bakal diadakan pada 29 Julai, manakala kategori dewasa dan majlis penyampaian hadiah bagi kedua-dua tilawah dan tahfiz akan berlangsung pada 30 Julai ini di auditorium Masjid Sultan.

Kededua acara peringkat akhir MTTQ 2023 berlangsung serentak dengan Festival QuranSG 2023 yang juga diadakan di Masjid Sultan.

Menurut Pengerusi MTTQ 2023, Encik Azman Mohd Ariffin, pihaknya turut memaparkan Festival QuranSG pada tahun ini kerana “kami tidak mahu segmen pembacaan menjadi fokus MTTQ sahaja”.

“Disebabkan itu, Festival QuranSG diadakan kerana ada banyak lagi yang boleh dipelajari tentang kitab suci ini,” tambah beliau.

Antara tarikan menarik Festival QuranSG termasuk klinik Al-Quran ringkas, paparan program-program Al-Quran yang diadakan di masjid-masjid, permainan berasaskan Al-Quran, serta bengkel penulisan khat.

Malah, menurut Encik Azman, salah satu tarikan utama Festival QuranSG ini adalah pameran sebuah mushaf unik, iaitu Al-Quran mushaf Singapura.

Kitab tersebut dihasilkan Darul Quran Singapura dengan reka letak dan tata rias yang mencerminkan ciri-ciri ke-Singapuraan.

Orang ramai juga boleh menjangkakan juadah ringan dan aiskrim percuma, selagi stok masih ada.

Festival QuranSG di Masjid Sultan ini merupakan kemuncak bagi festival-festival serupa yang lebih kecil yang adakan sejak Jun lalu di beberapa masjid di serata Singapura.

Ini termasuk Masjid Kampung Siglap (Marine Parade), Masjid An-Nur (Woodlands), Masjid Assyafaah (Sembawang) dan Masjid Ar-Raudhah (Bukit Batok).

Menurut Encik Azman, “sejauh ini sambutan terhadap Festival QuranSG sangat menggalakkan dari setiap peringkat umur”.

“Pastinya ada sesuatu untuk seisi keluarga dan kami galak setiap anggota masyarakat datang dan pelajari sesuatu daripada Festival QuranSG 2023 ini. Tidak kiralah, jika mereka baru hendak belajar mengenal huruf dan membaca Al-Quran,” kata Encik Azman.

Penganjur berharap usaha ini dapat disebar-luaskan mencakupi aspek-aspek pemahaman dan pengertian Al-Quran pada masa depan.

Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) yang pertama di Singapura diadakan pada 1958 di bawah naungan Majlis Penasihat Islam. Setelah Majlis Ugama Islam Singapura dibentuk pada 1968, badan berkanun itu kemudian menganjurkan MTQ di peringkat kebangsaan.

Usaha tersebut merangsang penyertaan ramai qari dan qariah handalan, sekali gus mencungkil bakat tilawah dan tahfiz yang bukan sahaja mengharumkan nama negara di peringkat negara, malah di pentas antarabangsa.

Festival QuranSG 2023 bermula jam 9 pagi hingga 4 petang di pekarangan Masjid Sultan.

Orang ramai yang hadir juga berpeluang menyaksikan pertandingan akhir MTTQ yang diadakan di auditorium masjid.

Semua dipersilakan hadir. Masuk adalah percuma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >