Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID DARUL MAKMUR

Tidak ketepikan masyarakat Tamil, Bangladesh

Dec 24, 2021 | 05:30 AM



SALAH satu keunikan Masjid Darul Makmur, adalah masjid ini bukan sahaja membuka ruang kepada masyarakat Melayu/Islam, bahkan turut mengalu-alukan kedatangan masyarakat Islam/Tamil dan Bangladesh.



Pakar Kanan, Pembangunan Agama dan Sokongan Masyarakat di Masjid Darul Makmur, Ustaz Ziyaudeen Ahmed Sirajuddeen yang sudah lebih sembilan tahun mencurahkan bakti di Masjid Darul Makmur berkata:



"Berteraskan pendekatan inklusif, Masjid Darul Makmur tidak mengetepikan mana-mana hak masyarakat Islam di Singapura.



"Sebaliknya, masjid ini berusaha keras dalam memastikan hak sama rata antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu tercapai. Walaupun majoriti masyarakat di masjid ini terdiri daripada jemaah Melayu, tetapi masjid sangat terbuka dengan kedatangan masyarakat bukan Melayu.



"Pada setiap hari minggu, lebih kurang 400 pelajar Tamil/Muslim akan mengikuti kelas madrasah di bawah kelolaan Persatuan Khidmat Sosial India Muslim (IMSSA).



"Selepas beberapa tahun menjalankan perancangan di masjid ini, langkah membina ini sudah mula diikuti oleh beberapa masjid lain seperti Masjid An-Nahdhah dan Darul Aman.



"Semua aktiviti pendidikan yang berlangsung di Masjid Darul Makmur, termasuk kursus Haji Umrah TM Fouzy, AtTartil, Sijil Lanjutan Pengajian Islam Pergas dan lain-lain lagi, berada di bawah pemantauan saya dahulu, selaku Ketua Jabatan Pendidikan di Masjid Darul Makmur," kata Ustaz Ziyaudeen.



Tidak hanya memainkan peranan dalam masjid, Ustaz Ziyaudeen turut meningkatkan kerjasama luar masjid bersama badan pemerintah dan agensi agama yang lain.



Beliau memberitahu: "Bermula tahun 2020, saya dilantik menjadi Pakar Kanan yang bertanggungjawab ke atas pembangunan agama di Masjid Darul Makmur.



"Saya memberi fokus kepada sesi kaunseling keluarga, latihan untuk para asatizah, program 'Bersamamu' yang sedang berlangsung di bawah rangkaian M Kuasa Tiga (M3) melibatkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki (Mendaki) dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) serta pelbagai lagi.



"Dengan keupayaan berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Hindi, Arab dan Urdu, saya dapat menjangkau para jemaah dan pelajar dengan lebih meluas. Kelebihan ini juga memberi saya peluang untuk menjadi pegawai sumber terjemahan bagi Muis.



"Ketika saya dilantik menjadi Imam Eksekutif Masjid Darul Makmur, saya juga diberikan peluang menjadi Naib Kadi di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM). Alhamdulillah, saya sudah menikahkan lebih kurang 500 pasangan di Singapura. Masjd Darul Makmur juga memberikan peluang kepada saya untuk mewakili masjid dalam memberi khidmat di luar sempadan masjid.



"Selaku salah seorang anggota Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) termuda pula, saya ditugaskan untuk mengendalikan sesi temu duga asatizah dan panel semakan Pendidikan Profesional Berterusan (CPE). Saya juga merupakan anggota Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) yang berpusat di Masjid Khadijah. Saya mewakili Masjid Darul Makmur di RRG untuk memberi kaunseling kepada para banduan yang radikal di penjara.



"Selari dengan cogan kata 'Masjid Tanpa Sempadan', sumbangan Darul Makmur juga berlangsung tanpa sempadan. Alhamdulillah, Masjid Darul Makmur memberi banyak kelebihan dan peluang kepada pegawai seperti saya yang berketurunan India Muslim. Bukan sahaja bekerja di masjid, tetapi saya diibaratkan 'duta' yang membawa nama baik untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan agama," jelas Ustaz Ziyaudeen.



Usaha memperluas jangkauan komuniti ini bukan sahaja dianggap baik, malah wajar dicontohi oleh masjid, organisasi dan institusi Islam yang lain.



Menurut Ustaz Ziyaudeen, Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) memainkan peranan amat besar dalam memperluas kerjasama dengan masyarakat Islam bukan Melayu.



"Anggota LPM di Masjid Darul Makmur sendiri mengamalkan ketelusan dan keadilan tanpa sebarang diskriminasi. Setakat, tiada unsur atau isu bangsa yang berlaku di sini. Maka, kerjasama ini sangat wajar diamalkan di masjid-masjid, selain Masjid Darul Makmur.



"Selain itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Darul Makmur kerana mengizinkan saya menyambung pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Langkah ini seharusnya dicontohi oleh masjid lain bagi menyokong dan menggalakkan para pegawainya agar terus maju dalam sektor pendidikan," tambah beliau.



Ustaz Ziyaudeen berkata pendekatan yang diambil sesuai dengan Islam yang mengiktiraf kepelbagaian bangsa serta menggalakkan interaksi antara kaum.



Justeru, Masjid Darul Makmur menggutamakan kesejahteraan dan pendidikan masyarakat Islam tanpa mengira etnik, bangsa, rupa atau pangkat.



Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Hujuraat: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (49:13)




"Dengan keupayaan berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Hindi, Arab dan Urdu, saya dapat menjangkau para jemaah dan pelajar dengan lebih meluas. Kelebihan ini juga memberikan peluang kepada saya untuk menjadi pegawai sumber terjemahan bagi Muis. Ketika saya dilantik menjadi Imam Eksekutif Masjid Darul Makmur, saya juga diberi peluang menjadi Naib Kadi di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM). Alhamdulillah, saya sudah menikahkan lebih kurang 500 pasangan di Singapura. Masjid Darul Makmur juga memberi saya peluang untuk mewakili masjid dalam memberi khidmat di luar sempadan masjid.''
- Ustaz Ziyaudeen Ahmed Sirajuddeen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >