Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Tiga keadaan 'bohong harus'

Oct 09, 2020 | 05:30 AM



TERDAPAT beberapa keadaan yang 'diharuskan' berbohong, tetapi ia harus disertakan dengan niat untuk kebaikan, kata Ustaz Ahmad Dahri.



Keadaan ini selari dengan satu riwayat, di mana Ibnu Syihab berkata: "Aku tidak pernah mendengar daripada Rasulullah saw membenarkan seseorang itu berkata dalam bentuk kebohongan melainkan pada tiga keadaan:



"Pertama suami berbohong kepada isterinya untuk kebaikan; kedua berbohong dalam peperangan; dan ketiga berbohong bagi mendamaikan manusia."



Oleh itu, setiap individu harus meneliti semula tujuan sesuatu pembohongan yang dilakukan agar ia tidak bertukar menjadi dosa.



Ustaz Ahmad Dahri berkata bahawa pada zaman moden ini, banyak berlaku pembohongan dalam kalangan suami dan isteri.



"Ingat, suami 'diharuskan' berkata bohong dengan tujuan kebaikan bersama. Tetapi pembohongan suami isteri tidak boleh didasari dengan perkara- perkara yang menggugurkan kewajipan atau tanggungjawab suami isteri," jelas beliau.



Ustaz Ahmad Dahri memberi contoh seorang isteri meminta wang daripada suami. Suami mengelak memberinya dengan mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai wang.



"Padahal, beliau mempunyai wang untuk diberikan kepada isteri. Mungkin tujuan beliau adalah untuk menyimpan wang tersebut bagi kegunaan peribadi, jadi dia menipu demi kepentingan diri sendiri.



"Benda yang ada, dikatakan tidak ada, hanya untuk mengelakkan diri daripada melaksanakan kewajipan. Maka, ini adalah perbuatan bohong yang haram sama sekali di sisi Islam."



PUJIAN MENYENANGKAN



"Dalam masyarakat, terdapat sebuah istilah 'jujur, tetapi menyakitkan'. Namun, istilah ini dilarang dalam hubungan suami isteri. Contohnya, suami memanggil isteri dengan panggilan yang jujur seperti hitam, pendek, lebam, atau sebagainya.



"Panggilan jujur yang menyakitkan ini ditegah dalam Islam kerana ia menyakitkan hati pihak lain.



"Tetapi, istilah memuji dalam bentuk menyenangkan digalakkan. Contohnya, si suami memanggil isteri dengan gelaran "putih melepak", "si kurus cantik", walaupun keadaan sebenar tidak seiring dengan gelaran.



"Ini dinamakan sebagai pujian yang menyenangkan.



"Bagaimanapun, jujur dalam bentuk menyakitkan adalah dilarang," sebut ustaz.



JANGAN TIPU UNTUK SUKA-SUKA



"Jangan sesekali menggunakan alasan tipu atau bohong sunat dengan tujuan melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah swt. Jangan pula bermain-main dengan hukum Allah swt, melainkan hukum ini dijadikan pegangan dunia akhirat kita."



Seperti firman Allah swt dalam surah Al-An'aam:



"Dan jauhkanlah diri daripada orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (daripada perbuatan yang buruk dan keji).



"Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya.



"Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman daripada air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)." (6: 70)



Ustaz Ahmad berkata: "Berdasarkan ayat di atas, ia menjadi peringatan kepada semua umat Islam bahawa kata-kata dusta itu perlu dielakkan, apatah lagi jika penipuan itu hanya untuk kepentingan peribadi atau untuk mencari keuntungan semata-mata."




Pada zaman moden ini, banyak berlaku pembohongan dalam kalangan suami dan isteri. Ingat, suami diharuskan berkata bohong dengan tujuan kebaikan bersama. Tetapi pembohongan suami isteri tidak boleh didasari dengan perkara-perkara yang menggugurkan kewajipan atau tanggungjawab suami isteri.
- Ustaz Ahmad Dahri



Jangan sesekali menggunakan alasan tipu atau bohong sunat dengan tujuan melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah swt. Jangan pula bermain-main dengan hukum Allah swt, melainkan hukum ini dijadikan pegangan dunia akhirat kita.
- Ustaz Ahmad Dahri




Drs Ahmad Dahri, 61 tahun, seorang penceramah bebas berkelulusan dalam bidang Syariah dari Universiti Islam Sumatera Utara, Indonesia dan melanjutkan pengajian di Darul Ulum Makkah di Arab Saudi dalam bidang bahasa Arab. Beliau juga memiliki ijazah dari Universiti Al- Qarawiyyin di Fez, Maghribi dalam bidang Syariah. Beliau mendalami ilmu dengan mengikuti kursus ijazah Sarjana Universitas Al-Washliyah (Univa) Sumatera Utara, Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >