Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Tip urus hati hadapi, sesuaikan diri dengan cabaran

Nov 03, 2023 | 05:30 AM



Hati orang Mukmin itu anjal atau fleksibel bagi membolehkannya menghadapi dan menyesuaikan diri dengan apa jua cabaran.

Demikian ditekankan Ustazah Asni Abu Mansor, seorang ‘hafizah’ dan pendakwah tersohor dari Malaysia, ketika berkongsi tip bagi membantu isteri atau ibu-ibu mengimbangi diri agar tidak sampai menghadapi stres atau kemurungan.

“Tentang wanita dan stres... Allah swt menciptakan hati kita menganjal, fleksibel... dia (hati) boleh jadi tegang dan dia boleh dilembutkan kembali.

Dapat nikmat, hati bersyukur

“Buktinya, kalau hati orang Mukmin ini apabila dia mendapat nikmat, dia pakai sifat syukur, jelas Ustazah Asni, yang mempunyai Diploma Tahfiz Al-Quran dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sanad ijazah Al-Quran dari Masjid Al-Aqsa di Palestin.

Ini, tambah beliau, berdasarkan firman Allah swt dalam Surah Ibrahim, ayat 7, yang bermaksud “dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu...”.”

Diuji, hati bersabar

“Kemudian, jika Allah beri dia ujian, hati orang Mukmin kena pakai sifat apa?” tanya Ustazah Asni.

“Dia akan pakai sifat sabar seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 153: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”.”

Sebab itu, tambah Ustazah Asni, hati seorang Mukmin itu menganjal. (Contohnya) orang darah tinggi, (uratnya) tegang, dia stres... dia kena makan ubat supaya urat-uratnya jadi fleksibel, lembut balik.

“Jadi macam itu juga dengan kita, kita kena jadi fleksibel, kita tidak boleh pakai satu sifat sahaja,” kata beliau.

Berasa risau, berlapang dada dan bertawakal

“Hati dia (seorang Mukmin) juga kena ada sifat husnuzon atau berlapang dada dan berbaik sangka (jika contohnya suami perlu ke Thailand untuk menghadiri kursus).

“Kalau nak lepaskan suami pergi kursus atau pergi kerja, (isteri) pakai sifat tawakal supaya hatinya lapang, jadi hati kita tidak ada kerisauan yang melampau,” pesan Ustazah Asni.

Dah doa dan tawakal, Allah uji juga?

Dalam hal ini, seorang Mukmin perlu pakai sifat yang dimiliki Nabi Ibrahim as yang mengucapkan doa “hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir” yang bermaksud “cukuplah bagi kami Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baik pelindung”.

Menjelaskan, Ustazah Asni berkata: “(Kita) dapat ujian ini dari Allah swt, kita baca doa ini, mungkin kerana dengan ujian inilah kita mendapat syurga... kita di sini mungkin mendapat syurga dengan ujian kita.

“Oleh itu, hati perlu menghadap dan adapt (menyesuaikan diri), jadi hati kena anjal. Orang Mukmin, bila diuji (dengan kesakitan) sebenarnya nak dapat hadiah... rugilah kita yang diuji hanya dapat air mata dan kesesalan memikirkan kisah-kisah lampau, jadi kita perlu ucapkan alhamdulillah.”

Ini kerana, kata beliau lagi, orang sakit sebenarnya akan mendapat kurniaan daripada Allah swt.

“Ujian dan musibah (yang menimpa) sebab Allah nak bagi pahala, tetapi (kalau) salah urus hati, kita (akan) dapat dosa. (Oleh itu) ujian dan musibah perlu diuruskan (sebaiknya),” ujar beliau.

Panduan laksana pelbagai tugas

Dalam menjalankan pelbagai peranan dalam era kemodenan sekarang, Ustazah Dr Norhafizah sempat berkongsi empat perkara, iaitu:

– Minat

Menjaga anak, suami dengan bersungguh-sungguh melayan mereka.

– Mahir

Bina kemahiran urus rumah tangga dan komunikasi dengan suami, anak dan di tempat kerja.

– Mengetahui (ilmu)

Orang boleh pergi jauh sebab dia ada ilmu. Apabila kita mahir, kita minat dan kita tahu, insya-Allah kita dapat buat tugas itu dengan jayanya.

– Hargai

Kenapa? Sebab kadang-kadang kita hendak jadi orang yang hebat, kita tidak hargai orang yang berada di sekeliling kita.

“Kita ingat kita boleh jadi hebat dan berjaya kerana diri kita tetapi kita salah (sebenarnya)... Kita naik kerana ada orang yang ampu dan sokong kita di bawah, jadi jangan perasan kita hebat.

“Kalau kita sebagai seorang wanita tiba-tiba jadi orang ternama, berjawatan, orang berpangkat, dipuji orang... tolong belajar menghargai suami yang kita ada, anak-anak yang sangat bertolak ansur dengan hak-hak mereka, hargai pembantu rumah kita, hargai emak ayah kita...

“Sebab bila kita belajar menghargai, Allah swt akan mendatangkan ramai orang untuk mempermudah kerja kita,” terang Ustazah Dr Norhafizah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >