Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID JAMAE CHULIA

Usianya sudah cecah 197 tahun, masjid perlu baiki kekurangan

Jan 13, 2023 | 05:30 AM



MASJID Jamae Chulia terkenal sebagai salah satu masjid tertua di Singapura. Masjid yang menerima julukan 'Periya Palli' (masjid besar) itu menjadi sebuah bangunan ikonik di kawasan tengah bandar Chinatown.



Bagaimanapun, kemudahan masjid sudah semakin usang, seiring dengan peningkatan usia masjid yang sudah mencecah 197 tahun.



Susulan itu, pihak masjid berusaha mengumpul dana bagi membaiki kekurangannya agar masjid tersebut dapat terus diimarahkan sebagai pusat penyatuan Islam.



Menurut Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, pelaksanaan kerja naik taraf ini akan memberi manfaat kepada pelbagai masyarakat Islam yang hadir melaksanakan kegiatan ibadah.



AKTIVITI KEAGAMAAN YANG LEBIH KONDUSIF



Beliau menjelaskan: "Secara keseluruhannya, masjid akan membaiki beberapa prasarana yang memerlukan penambahbaikan untuk kegunaan masyarakat Islam di kawasan tersebut.



"Sumbangan anda akan disalurkan kepada usaha pembinaan tempat wuduk yang mesra golongan kurang upaya dan warga emas. Pembaikan laluan untuk mereka yang berkerusi roda juga bakal dilakukan.



"Beberapa bilik darjah yang memuatkan seramai 100 orang pelajar madrasah masjid akan dibina bagi pelaksanaan aktiviti keagamaan yang lebih kondusif.



"Dewan solat juga akan dibekalkan dengan pemasangan permaidani dan sistem hawa dingin, sekaligus memberi keselesaan kepada para jemaah.



"Akhir sekali, pihak masjid akan mewujudkan reka bentuk landskap masjid yang baru, selepas masjid selesai menjalani kerja-kerja naik taraf nanti."



TURUT SEDIAKAN TABUNG KUTIPAN DERMA



Encik Rasheed Zaman berkata, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Masjid Jamae Chulia untuk meningkatkan kemudahan masjid secara berperingkat-peringkat.



"Kami telah menyediakan tabung kutipan di kedai dan masjid, tabung keluarga, surat rayuan, ceramah dan rayuan melalui media sosial secara giat bagi mencukupkan dana naik taraf masjid.



"Alhamdulillah, dengan berkat dan sokongan orang ramai, masjid telah berjaya melangsungkan kerja-kerja naik taraf yang sudah pun bermula bulan lalu.



"Namun begitu, sokongan daripada masyarakat Islam masih diperlukan bagi mengumpulkan dana berjumlah $2.5 juta.



"Oleh itu, kami merayu bantuan dan sokongan murni daripada semua masyarakat Islam untuk membantu menaik taraf masjid yang bersejarah ini agar ia dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa yang ditetapkan.



"Setiap sumbangan anda sangat dihargai dan mudah-mudahan, ia akan menjadi satu kebajikan yang besar di sisi Allah swt.



"Dengan izin Allah, sumbangan ikhlas tersebut dapat menjadi salah satu cara untuk mendapatkan pahala berterusan seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah saw."



Dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa "sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah, walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).




CARA MENYUMBANG



Berilah sumbangan kepada Masjid Jamae Chulia melalui cara-cara berikut:



- Hantarkan cek anda kepada Masjid Jamae Chulia melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.



- Derma langsung ke pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApp kepada 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid ini.



- Pemindahan bank ke akaun semasa OCBC 517-070041-002.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >