Trend pengguna Singapura yang memanfaatkan khidmat penghantaran makanan telah mendorong beberapa syarikat merebut peluang dalam pasaran itu. Namun persaingan yang semakin sengit ini, terutama dengan kehadiran pemain lebih besar dan serantau, bermakna perniagaan lebih kecil mungkin ketinggalan. ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) meninjau.
TREND masyarakat Melayu setempat, yang semakin cenderung mendapatkan khidmat penghantaran makanan telah membuka minda dan menarik minat Encik Mohd Sufian Sa'i.