Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek M³ galak belia bentuk masa depan S'pura dilancar

Jul 21, 2019 | 07:39 PM



Satu usaha baru bagi menggalak masyarakat, khususnya belia, memberi idea bagi membentuk masa depan masyarakat Singapura, telah diperkenalkan. 



Diberi nama CiptaSama@M³, usaha itu bertujuan menggalak lebih ramai anggota masyarakat, supaya menyertai usaha di bawah M³ – yang terdiri daripada Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra). 



Diterajui oleh Menteri Negara (Tenaga Manusia dan Pembangunan Negara), Zaqy Mohamad, usaha itu antara lain akan mengumpul pandangan orang ramai tentang isu-isu yang menjejas masyarakat dan Singapura. 



Semasa mengumumkannya   dalam majlis penutup kempen #InspirasiSG, di Wisma Geylang Serai, tadi., Menteri Sekitaran dan Sumber Air yang juga bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:



“Melalui usaha ini kami ingin mendengar pandangan anda, tentang isu-isu masa depan masyarakat kita dan Singapura. 



“Dengan memanfaatkan tenaga dan pandangan belia kita, kita dapat mencipta bersama huraian yang boleh diterajui masyarakat, dan dilaksanakan di kejiranan kita.” 



CiptaSama@M³





Menjelaskan lebih lanjut, Encik Zaqy berharap untuk mendekati lebih ramai generasi muda Melayu/Islam serta karyawan untuk menyumbang dan membentuk masa depan masyarakat. 

“Kami mahu menggembeleng tenaga, idea dan perspektif golongan muda dan karyawan bagi membentuk dan memikirkan cara tentang bagaimana masyarakat kita dapat berkembang dan membangun agar dapat mencapai matlamat menjadi masyarakat yang gemilang. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >