Pilihan Kaki Makan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Elfuego by Collins kembali operasi di Jewel

Jan 9, 2026 | 1:11 PM
Elfuego by Collins, jewel, changi airport
Elfuego by Collins membuka semula cawangannya di Canopy Park di Jewel Lapangan Terbang Changi dengan menawarkan konsep lebih intim serta pemandangan Jewel Rain Vortex. - Foto INSTAGRAM ACTSTITUDE

Selepas mengumumkan penutupan satu-satunya cawangan Elfuego by Collins di Jewel Lapangan Terbang Changi pada 28 Januari 2025, restoran masakan Eropah itu kembali beroperasi dengan konsep baru di Canopy Park, Jewel Lapangan Terbang Changi.

Disokong oleh rangkaian makanan Barat tempatan, Collin’s, Elfuego dibuka semula pada November 2025 sebagai restoran lebih intim dengan kemampuan menampung sekitar 80 tempat duduk, termasuk ruang mezanin eksklusif untuk pelanggan menikmati pemandangan Jewel Rain Vortex.

Kali ini, Elfuego menampilkan pengalaman menjamu selera yang lebih santai namun kekal menekankan cita rasa Eropah premium.

Antara hidangan yang ditawarkan termasuk hidangan udang karang seperti, Boston Lobster Thermidor, $70 dan Lobster Tagliolini, $28 serta daging stik, Australian Premium Angus Ribeye, $34.

Bagi menarik pengunjung harian, Elfuego turut memperkenalkan set makan tengah hari pada hari bekerja dengan harga bermula $24.90++ untuk dua hidangan dan $29.90++ untuk tiga hidangan.

Pelanggan boleh memilih pembuka selera seperti, Lobster Bisque atau Garden Salad.

Hidangan utama termasuk hidangan ikan, Faroe Islands King Salmon (dengan tambahan $5) atau Pan-Roasted Halibut; hidangan daging itik, Honey Glazed Duck Breast; atau daging stik, Australian Premium Pastured-Fed Angus Ribeye (dengan tambahanan harga $6), serta pencuci mulut seperti Bread & Butter Pudding (puding roti) atau aiskrim.

Elfuego by Collins
Alamat: 78 Airport Boulevard, #05-203, Jewel Lapangan Terbang Changi, Singapura 819666
Waktu Operasi:
  • Isnin hingga Ahad, 11 pagi hingga 10 malam

Get therelocation-icon
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg