Pembaca Kaki Makan ingin menikmati hidangan enak pada harga lebih berbaloi?
Dari sekarang hingga 30 November, pembaca dan pengikut Kaki Makan boleh dapatkan diskaun sebanyak 10 peratus daripada jumlah bil anda di Charrbo Grill tanpa had perbelanjaan minimum.
Untuk nikmati diskaun tersebut, pelanggan hanya perlu menunjukkan video Charrbo Grill di Kaki Makan dan laporan Charrbo Grill di laman mikro Kaki Makan dan menunjukkannya kepada staf.
Pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan hidangan seperti Chicken Chop, Lamb Chop, Ribeye Steak, serta Charred Beef Fries dengan pilihan sos sambal kicap atau keju Truffle Parmesan.
Jangan lepaskan peluang mencuba hidangan lakuran unik mereka, Charrbo Laksa, yang menjadi kegemaran ramai.
Bagi penggemar makanan halal, anda kini boleh mendapatkan lebih banyak ulasan, cadangan dan tawaran menarik menerusi laman mikro baru Kaki Makan Berita Harian di beritaharian.sg/kaki-makan.
Laman ini mengetengahkan hidangan Asia, fusion dan makanan pusat penjaja, dan boleh diakses menerusi imbasan kod QR pada pelekat yang terdapat di kedai yang telah diulas.
Isnin hingga Ahad, 11.30 pagi hingga 3.15 petang, 4.15 petang hingga 8.30 malam


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg