ASIA telah disahkan sebagai sumber penumpang kapal pelesiran membangun terpantas di dunia, dengan satu laporan Persatuan Kapal Pelesiran (CLIA) menunjukkan rantau ini mengalami peningkatan jumlah penumpang sekitar 24 peratus tahun lalu.
Menurut tinjauan Trend Kapal Pelesiran Asia CLIA, industri kapal pelesiran di Asia tumbuh pada kadar rekod, dengan 2.08 juta penumpang dari rantau ini menaikinya pada 2015.