GEMENTAR berdiri di papan peringatan dekat kaki gunung Eyjafjallajokull yang pernah memuntahkan lahar dan debu di angkasa raya sehingga menyebabkan 60,000 penerbangan di serata dunia dibatalkan dan hampir melumpuhkan sektor pelancongan di serata Eropah pada April 2010.
Perasaan tersebut bertukar kepada takjub pula apabila berkunjung dan melihat pancutan wap berserta air panas berbau belerang menjulang sehingga 30 meter setiap 10 minit di Geysir Hot Spring dan Strokkur di lembah Haukadalur yang merupakan salah satu daripada tiga tarikan di Golden Circle di Iceland.